Bangunan Belia Permata Sebarang Takir

Tahun 1995, aku mendaftar diri di PUSTAR ( Pusat Tuisyen Seberang Takir) yang tersohor itu. Tiga tahun belajar di sana dari PMR hingga SPM dan pengetua PUSTAR waktu itu Cikgu Razif (YB). Dalam masa yang sama, di PUSTAR lah, gerakan belia yang dikenali sebagai Persatuan Belia Permata Sebarang Takir bergerak, juga bawah seliaan Cikgu Razif( sebenarnya Permata telah wujud jauh lebih lama dari itu ) . Segala mesyuarat dan aktiviti berpusat di bangunan PUSTAR. Aku dan rakan yang belajar di situ di serap masuk ke dalam Persatuan Belia Permata Seberang Takir (MAYC).

Pelbagai aktiviti yang berbentuk sahsiah, jati diri dan kenegaraan dijalankan di sana. Semenjak dari itu , kami dijanjikan dan dipasang angan-angan tentang kemudahan berupa sebuah bangunan belia yang dapat memberi keselesaan dan kemudahan untuk ahli belia melakukan perlbagai aktiviti dan program. Lima belas tahun menunggu janji, akhir tahun lepas aku dan seorang rakan mula mengasak YB Razif supaya mengotakan janjinya melalui kritik di blog dan facebook . PUSTAR, kedengarannya semenjak Cikgu Razif memegang jawatan Yang Berhormat, pusat tuisyen itu tidak lagi beroperasi sehingga sekarang. Bangunan tersebut dijadikan Pejabat Dun yang ada sekarang.

Apa yang aku ingin lakarkan di dalam tulisan kali ini adalah merupakan padangang dan cadangan kepada bekas YDP Belia Permata ( YB ADUN Seberang Takir Sekarang). Bangunan baru tersebut seharusnya menjadi milik Persatuan Belia Permata Sebarang Takir dan di dalamnya terdapat pejabat pendaftaran ahli persatuan, pusat aktiivti seperti dewan ceramah/kursus yang boleh disewakan kepada mana-mana pihak bagi menjana sumber kewangan Persatuan, bilik latihan komputer yang boleh digunapakai oleh ahli persatuan juga boleh disewa oleh mana-mana pihak bagi menjana kewangan Persatuan. Andaikata jika ada rezeki, YDP Persatuan Belia Permata sekarang, En Khalid, boleh memikirkan tentang kewujudan semula PUSTAR yagn pada suatu masa dahulu berjaya menghasilkan ramai anak Seberang Takir yang berjaya dan berkejaya dalam pelbagai lapangan.

Namun begitu, harapan aku apabila melihat terdirinya bangungan tersebut, tidak ada mana-mana pihak yang akan cuba untuk mengambil kesempatan samaada untuk menguasai bangunan tersebut atau apa jua cara yang bakal merencat seterusnya membunuh pembangunan modal insan belia Seberang Takir itu sendiri.

Walaupun aku merupakan bekas ahli persatuan belia permata, namun aku amat berharap tulisan pecisan seorang anak yang pernah membesar di Seberang Takir dan aktif dalam persatuan belia ini dapat di baca oleh bekas YDP, YDP yang dilantik sekarang serta semua ahli persatuan belia permata sekarang.

Belia Tiang Negara,
Agama tulang besinya,
dikongkrit dengan ilmu wacana,
diwarna dengan adat budaya.

Posted in Umum | Tagged | 2 Comments

Bantahan Kepada “Board Of Computing Professional Draft” 2011 (CPB2011)

Bismillahirahmanirahim , Assalamualakum wbt

Perkara ini telah amber follow pada minggu lepas di mana saudara Colin Charles di laman Google+ https://plus.google.com/116040656840015645378/posts/1byMQhGvREn telah mengejutkan sleeping giant dengan menyatakan ada pihak pihak tertentu yang cuba membuat akta tentang komputer. lebih kurang gini, siapa yang nak masuk dan bermain dalam arena IT , kena ada ijazah . https://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/?notif_t=group_activity

dan amber berpendapat sama seperti rakan-rakan yang lain, membantah bil ini daripada menjadi akta dsb . Nota bantahan seperti di bawah .

http://blog.harisfazillah.info/2011/12/bantahan-kepada-board-of-computing.html

kepada tuan/puan yang bekerja dalam bidang IT, marilah sama sama sign petition di sini http://www.change.org/petitions/mosti-stop-computing-professionals-bill-2011-cpb2011#

Posted in Umum | Leave a comment

Hikayat Badut Putih Bermain Di Air

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbt

AMARAN KERAS: catatan kali ini mengabungkan linguistik lama dan baru.. jadi kepada adik adik yang masih belajar. sila dapatkan nasihat orang tua sebelum baca artikel ini .

Tergerak jari-jemari ini untuk menulis sesuatu yang mungkin dipandang enteng bagi sesetengah akal, ya, aku akui bahawa perjalanan hidup yang dikecapi baru berusia tiga dekad namun dalam usia tiga dekad ini jualah, aku masih tidak segan silu menghirup oksigen percuma dan menggunakan akal yang diberikan secara ehsan oleh Dewata Mulia Raya, Lantaran itu, akal kerdil ini yang sarat dengan beban segala macam polemik di dalam bumi beriman ini mahu menjentik akal-akal lain yang aku perkirakan bukan dari mentaliti kelas ketiga. Jika anda tergolong dalam golongan mentaliti kelas pertama, maka silalah bersimpuh bersila, meleretkan scrollbar laman ini ke perenggan seterusnya.

Maka bermulalah hikayat ceritera, suatu ketika dahulu, gegak gempitalah suasana seluruh isi negeri kerana tetamu alam yang ditunggu-tunggu hanya bermain di luar sahaja tidak masuk ke dalam negeri, seolah-olah tidur nyenyak bersama selimut tua setelah bekerja keras menyapa bandar Iram. Arakian, puas sudah awak-awak menggoda dan mencungkil matanya, tidak juga bangun tetamu alam ini yang direkayasakan kepada rakyat jelata bahawa ia akan memberikan manafaat yang besar kepada seluruh isi jelata. Tiada halangan, hanya peluang diazankan dicorong-corong trompet di segenap penjuru rantau. Badut-badut putih di bawa menginap dan diberi mandi wap supaya dapat menjulang cawan besar pada akhir termasyar.

Awak-awak dimarahi kerana tidak berjaya memujuk dan memanggil tetamu alam untuk bermain-main dengan badut-badut di dalam air. Dikerahnya pula ahli nujum negara dan pawan Pulau Siguntang untuk menjampi serapah supaya dapat ditarik telinga tetamu alam secara paksa untuk bermain dan melayani kerenah badut putih itu. Maka bertempik melolonglah mahraen sekeliannya, supaya jangan diapa-apakan tetamu alam itu.

Semusim, dua musim, tiga musim, empat musim, lima musim berlalu bersama dengkuran tetamu alam. Badut datang lagi, kali ini sang semut telah membuat persiapan rapi, berarak panjang mencari kediaman baru atas perintah Dewata Mulia Raya untuk berpindah serta-merta. Tetamu alam datang kali ini tanpa dengkuran lagi, menyahut jampi serapah yang diseru beberapa musim yang lalu .

Apa pengajaran dari hikayat di atas ? Doa yang diminta pasti akan dimakbulkan . Jadi mintalah yang molek molek. JANGAN MINTA BALA . menyusahkan orang.

Posted in Umum | 2 Comments

html5 , foundation.zurb.com dan Cache busting

BismillahiRahmaniRahim, Assalamualaikum wbt.

Telah lama rasanya tidak menulis di laman ini lantaran kesibukan yang agak mendesak dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya agar perjalanan sistem dan keberkesanannya dapat dicapai sebelum tutup buku pada akhir tahun ini. Mujurlah proses pembelajaran secara  hands on  dan bahang   underpresure yang bertimpa-timpa telah digarap dari usia muda, sedikit sebanyak dapat membantu menanggani pelbagai situasi yang mencengkam jiwa. Mujur jugalah ramai yang sekepala. Alhamdulillah.

Bak kata bait-bait sebuah lagu yang popular suatu ketika dahulu. Pengalaman telah mendewasakan, mematangkan fikiran, pahit getir yang telah dilalui, guruku sejati.  ahh masih tergiang-giang di telinga, bait-bait tersebut bagaikan memberi secangkir semangat untuk amber teruskan sebuah perjalanan hidup yang kelak akan terhenti di sebuah tempat bertemankan kain putih dan berumahkan tiang dua batang..

Berbalik kepada ilmu yang ingin ditulis di dalam blog ini, ia merupakan catatan ulangkaji bagi seorang yang dah berumur macam amber sebenarnya. Atas nasihat dari abang Haris a.k.a Linux Malaysia, amber berusaha untuk mengambil tahu lebih lanjut tentang bahasa markup yang paling amber gemari walaupun teknologi ini nampak remeh namun ia perlu dilihat sebagai satu anjakan baharu kepada bahasa markup yang sedia ada.

Semasa ia digembar-gemburkan sewaktu kemunculannya awal tahun lalu, amber tidaklah mengambil perhatian yang lebih kepada teknologi yang diberi nama HTML5  , hanya sekadar mengambil tahu tentang  tag  baharu yang digunakan dan tambahan pula tidak banyak browser yang menyokong kod ini pada ketika itu menambahkan lagi sikap sambil lewa amber terhadap teknologi ini.

Hanyasanya setelah amber sendiri menggunakan ia di dalam satu projek pecisan bagi membantu laman web organisasi amber supaya dapat di akses secara lebh global menerusi peranti-peranti terkini, amber mula menumpukan perhatian kepada teknologi ini. Dikatakan bahawa bahasa markup ini merupakan penyelesaian terhadap ketidak terbukaan aplikasi flash yang tidak menyokong sistem pengoperasian mudah alih seperti Android dan sewaktu dengannya yang melibatkan lesen dan pelbagai masalah perundangan lainnya.

Sejujurnya, amber masih lagi menggunakan kaedah lama untuk membina sebuah laman web walaupun ia dikategori sebagai statik. Tiada Macromedia Dreamweaver . Inilah kesan yang diterapkan semasa pembelajaran di tempat belajar dahulu, kami tidak dibenarkan menggunakan sebarang perisian untuk membangunkan laman web, hanya notepad sahaja.

Sebenarnya, amber menggunakan teknologi jquerymobile [] berasaskan html4 sebelumnya tetapi setelah menggunakan framework ini beberapa bulan, melalui hasil pengujian optimization dan loading ,jquerymobile.js agak berat kerana saiznya sendiri 66kb manakala jquery1.6 sendiri hampir 90kb . Dan apabila terserempak dengan framework yang dibagunkan oleh zurb.com yang dikenali sebagai http://foundation.zurb.com/, amber terus jatuh centa dengannya kerana ia merupakan framework bergrid dan mesra peranti telefon berinternet. Orang putih kata “responsive“.

Melalui kod-kod html dan css contoh [http://foundation.zurb.com/case-soapbox.php] yang dibangunkan oleh pembangun http://foundation.zurb.com/, amber melihat suatu senario yang tidak amber ketahui dahulunya iaitu kaedah atau trik yang dinamakan “cache busting“. Pembangun memasukkan tanda ? dan diikuti dengan satu kod yang telah digenerate. contoh : soapbox/assets/all.css?1321049382

Melalui pembacaan menerusi hasil carian Google, kaedah ini dinamakan cache busting, http://alex-kendrick.com/tips/simple-cache-busting-for-css-and-js/ dan
http://sleeplessgeek.blogspot.com/2010/03/rails-caching-and-cache-busting-in-php.html . Jadi jika ada perubahan kepada fail fail image, css, js dan html itu sendiri , tak perlu lah kita reload / refresh browser.

Semalam, ambil peluang untuk ulangkaji kod HTML5 lagi, kali ini seorang penulis di laman ini http://css-tricks.com/examples/CleanCode/Beautiful-HTML.txt telah menunjukkan kod html5. Suatu yang amat asing bagi amber bila beliau telah meletakkan link jquery dibawah sekali. Apa matlamatnya? apa sebabnya? kenapa tidak sama dengan apa yang buku lain ajar dan cikgu cikgu dulu ajar ? .. otak amber begitu ligat untuk menyelesaikan persoalan persoalan tersebut.. kena buat pengujian nampak gayanya..kalau betullah teknik yang digunakan. maka amber boleh cedok skill ni..

Nukilan

Lalat Berintergriti.

Posted in html, internet, Komputer, open source | Tagged , , , | Leave a comment

Komunikasi Email Ala Militeri Bhg 3

Bismillahirahmanirahim , Assalamualaikum wbt

Sila rujuk part 1 dan part 2 untuk tutorial enkript email jika anda masih belum faham tentang entry ini.

Untuk tutorial kali nih, saudara Man boleh ulangkaji balik nota dari dua posting yang lepas dan boleh terus hantar enkript email kepada rakan yang telah diberi kunci awam.

Tulis email macam biasa menggunakan thunderbird, dan yang penting klik kunci enkript seperti dalam gambar di bawah dan setelah selesai tulis, hantar..

masa nak send tu . dia akan enkripkan tulisan kita ..

 

Posted in Umum | Leave a comment