Dulu masa kita belajar di tingkatan 1, kalau tak silap aku la. dalam buku sejarah tu ada menyebut pasal kamal atartuk merupakan bapa pembangunan Turki moden. dan dalam teks buku sejarah itu juga menyebut bahawa tentera Nazi adalah zalim- fakta yang tiada dalam buku tersebut: division 13th Waffen ss handzar.
Ada beberapa fakta berkenaan kamal atartuk yg tidak di sebut dalam buku teks tersebut… plz bagi tau adik adik, anak anak, kawan kawan dan juga ibu bapa anda.
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.
sumber :
1. forum cari
2. http://www.bismikaallahuma.org
3. http://www.geocities.com/soid007/kamal_ataturk.htm
p/s: perkara yang sama MUNGKIN akan berlaku ke atas tanah ini. Aku memohon pada Allah supaya bala bencana ini di hindarkan sejauh jauhnya. Tengoklah turki sekarang. Papa kedana. Ampunkan aku ya Tuhan. Ampunkalah hambaMu yang byk buat maksiat nih.
aku telah bagi tau kepada kawan kawan semua.. minta jasa baik kawan kawan sampaikan fakta ini kepada kawan kawan kita yang lain. supaya nanti anak anak kita tidak tersalah sanjung tokoh tokoh.


