Nak Tunggu Mufti Keluarkan Fatwa Ke ?

27 02 2007

org cakap haram tu .. haram la… lagi mau DD..due diligence

kepada yang buat duit dalam internet tu … yang berkait dengan fund sana fund sini tu .. sila baca nih

http://zaharuddin.net

Diwarwarkan Halal

Ketiga-ketiga jenis pelaburan ini pernah dan kerap diwarwarkan ‘halal’ oleh individu yang kurang biasa dengan displin mualamat Islam. Bagi ABBFund, Winlifund dan eaindex ia secara tidak sengaja atau sengaja didakwa halal kerana dikatakan pelaburannya terhad kepada aktiviti halal seperti industri minyak dan gas, hartanah, getah dan sebagainya yang halal.

Kita perlu memahami bahawa, apabila kita ingin mengetahui sesuatu pelaburan itu halal atau haram, kita tidak boleh hanya melihat kepada industri apakah yang digunakan wang kita itu. Sebaliknya, paling minima kita perlu melihat dari dua tahap.

Cuma yang aib adalah berlagak ‘specialist’ dan pakar lalu memberi fatwa dalam bidang yang bukan bidang anda, dengan mudah anda boleh ditertawakan atau disanggah oleh ‘specialist’ kelak dengan hujjah ‘check mate’.


Tindakan

Informasi

12 gerakbalas-gerakbalas

28 02 2007
man

Biasalah adat manusia .susah nak tinggalkan yang sedap.Bila suruh makan khinzir tahu pula haram….fikirkan.
http://uptrend.wordpress.com/

28 02 2007
weldan

“Kita perlu memahami bahawa, apabila kita ingin mengetahui sesuatu pelaburan itu halal atau haram, kita tidak boleh hanya melihat kepada industri apakah yang digunakan wang kita itu. Sebaliknya, paling minima kita perlu melihat dari dua tahap.”

:)

28 02 2007
psittacula

mufti dan ulamak banyak kerja. kita sebagai manusia muslim kena banyak membaca dan belajar tentang hukum hakam dalam Islam. at least, perkara-perkara simple cam ni kita dah leh tahu hukum hakamnya. hayati al-Quran dan fahami Islam sebaiknya, insyaAllah tiada keraguan dalam menjalani kehidupan seharian.

28 02 2007
acuterateh

Sedarlah…wahai sahabat

inilah salah satu cara puak kafir dan memecah belahkan umat islam hari ini melalui punca pendapatan.

“Tidak Ada Jalan Singkat Untuk Cepat Kaya” yang penting sabar kerana “SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN” dan Sabda RASULULLAH S.A.W “Kamu akan beroleh kemenangan selagi kamu bersabar“.

1 03 2007
al-Marbawi

ingatlah pesan orang tua (sebenonya bapak aku bagi nasihat nih!), “keuntungan itu bukanlah datang dengan cepat, ia akan beransur-ansur mengikuti mu”.. so, kalau nak untung, nak dpt duit banyak, memang takkan dapat dalam masa sehari dua, atau sebulan dua, atau setahun dua.. dan satu lagi kata-kata orang tua, (tak tau la sape cakap!), “apa sahaja yang datang dengan segera, maka dengan segera jugalah perkara itu akan pergi,”.. maksudnya, kalau korang dapat untung ni dengan segera, dengan cepat juga lah anda akan rugi.. so, lebih baik korang cari jenis perniagaan yang mendatangkan untung dalam jangka masa panjang…

1 03 2007
check diri dulu

yg buat UPTREND tu jugak kena la check…. dalam web site ustaz tu juga kata kalau MLM yg org masuk jadi ahli dpt duit juga kategori haram… so masing2 kena check diri masing2….:-), produk mahal & belum tentu diperlukan… so kena tgk MLM tu. W/pun tok kadi @ ustaz mana pun skali masuk… kbyk mereka x berapa reti tentang muamalat

1 03 2007
barokah

Kekadang ujian kesusahan lebih mudah diatasi berbanding dengan ujian kesenangan. Manakan tidaknya kalau dah boleh laba yang banyak lepas tu nak kena tinggalkan pulak dah tentu tak mau. Yang paling baik siasat dan kaji dulu sebelum sertai. Kalau dah was-was adanya shubahat tinggalkan terus,

http://barokah.wordpress.com

17 04 2007
amri

Jangan cepat melatah…

19 04 2007
gameboys 2007

gameboys 2007

Nak Tunggu Mufti Keluarkan Fatwa Ke ? « hardyweb:perjalanan hidupku™

19 04 2007
mypapit

huhuh, biasa la tu nak kaya punya pasal, tikam ekor pun jadi halal. inikan pulak masuk ‘pelaburan’

28 05 2008
mie

sapa tahu hukum perniagaan uptrend

28 05 2008
hardyweb

cuba ko g selongkar kat website ustaz zaharuddin.net . rasanya ada kat sana jawapan yang ko cari tu .

Tinggalkan komen