Jalan Suffah- Dendang Anak

Hayati lirik lagu ini …

Kian lama ku terperangkap,
Jiwa merana dan memerap,
Pernah terbina hidupku gelap,
Tiada makna tak guna cakap,
Terbelengu tergadah itulah aku,
Aku jemu, aku lelah, aku memerlu,
Oh Ibu, oh Ayah, doakan anakmu,
Restu jalan sufah ku tuju,
Aku mahu hidup bahagia…sebagai harusnya,
Aku mahu hidup beragama…sebagai wajibnya,
Aku mahu menjadi hamba,
Hanya pada yang ESA,
Aku mahu kekal bahagia,
Hidup di dalam syurga,
Segala dosaku, ampunkanlah ya Tuhan,
Segala salahku, maafkan hai teman,
Segala jasaku sebagai kebajikan,
Ku tebus dosaku dengan pengabdian,
Sisa hidup memenuhi maksud,
Semasa hidup janji termaktub,
Budaya hidup jalanku ikut tertunai maksud,
Jalan sufah Ku ikut…Jalan sufah Ku ikut!…

Senikata ciptaan: Kumpulan Dendang Anak

p/s: sorila lagu ni tak leh bagi abis maaa. sebab nanti erma fatimah marah aku plak.. kui kui .. lagu ni pernah jadi lagu latar dalam sebuah drama. tajuk drama tu aku dok ingat ..

http://www.myspace.com/dendanganak

About these ads

About hardyweb

Name : Adi Location : K Terengganu Occupation : Computer
This entry was posted in lagu, sufi. Bookmark the permalink.

23 Responses to Jalan Suffah- Dendang Anak

  1. tganu says:

    dendang anak telah difatwakan sesat….ajaran usul yag dibawa oleh ustaz zul sesat…apakah benar aktiviti bercakap dgn Rasulullah itu..apakah benar berdamping dgn puteri itu…jenagor tempat lamu melakukan semua itu…kwn2 bertabubatlah selagi mase msh ada..Allah itu maha pengampun…

  2. gondrong says:

    Tganu tidak boleh mengatakan sesat…Tahukah anda mengikut sejarah jenagor ialah tempat Syarif Muhammad Al Baghdadi mengembangkan Islam di Terengganu sehingga tertegaknya hukum Islam melalui bukti batu bersurat. Siapakah Syarif Muhammad ni? Dia adalah datuk kepada Sheikh Abdul Malek atau lebih dikenali Tokku Pulau Manis…Perjalanan sufi dan tasauf sangat berhalus, tidak difahami oleh orang awam…

  3. abulqhaiir says:

    salam.. kembali pd pnduan quran, sunnah, ijma’ & qias.. mg selamat. Khauf pd murkaNya, harap pd ampunanNya mg jd drngn kt d jln kbnrn yg diredhoiNya. Sahabt d pmpin Rasul saw.. mk kita prlukn waris baginda yg haq.. mhn dbri pmpinan yg benar.. amiin.

  4. tganu says:

    jenagor mmg tidak ada slhnya ..akan ttp perbutan kamu spt yg sy sebutkn tnyata sesat..majlis fatwa telah mgharamkn kegiatan kamu..

  5. Ku Bad says:

    asslamualaikum tuan,
    ambe rasa tersangatlah tidak adil sekiranya kita sekadar berkata namun tidak mendekati apatah memahami kami siapa.. bukan setakat mendengar khabar itu ini yang tiada benarnya..
    ambe bukan berkata kami sahajalah yang benar semuanya atas apa kami amalkan, ambe lebih gemar seandainya kita bersemuka dan muzakarahkan kemushkilan tersebut.
    sahabat baik ambe yang begitu ambe hormati, Ustaz Azhar Idrus sudah beberapa kali datang ke tempat kami berlatih, iaitu di Istana Seni. Beliau tidak mempertikaikan apa-apa dan lebih-lebih lagi meminta CD lagu kami untuk pendengaran halwa telinganya.
    bukan itu sahaja, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menjemput kami ke Kelantan untuk membuat persembahan sempena Muktamar PAS.
    bagi ambe, tiada perkara yang patut kita debatkan ataupun pertikaikan. Andai hal yang tidak dapat diterima oleh akal itu menjadi satu kebuntuan para pembaca yang pernah membaca atau sedang membaca petikan atau perbualan ini ambe mohon lihatlah tujuan asal penubuhan kami, untuk menampung perbelanjaan kami dalam usaha kepada terhadap insan2 yang kita sendiri adakala mengusir pergi mereka. Anak yatim, Remaja bermasaalah dan Penagih Dadah. dan syukur kepada Allah taala sudah hampir 12 tahun usaha ini berjalan dengan sendirinya. Demikian itu antara tujuan kami “hidup” hingga kini, atas izin Allah.

    dan diatas ambe ini bertanggungjawab sepenuhnya diatas perkataan demi perkataan yang dilantunkan. anda mushkil? kita bersidang di FB pun boleh atau berjumpa, itu tidak pernah menjadi masaalah. terpulang. hanya tegas ambe ingin peringatkan berjaga2 bila berkata, kerana ia boleh menyebabkan masaalah dan pecah belah antara kita sesama kita yang bersaudara. sedang Islam itu bersaudara, Islam itu berkasih sayang, Islam itu tak luput dengan kemurahan dan paling penting sekali Islam adalah luas. Usah disempitkan pemikiran dengan sekadar memandang yang dihadapan mata sebelum berjalan melihat keluasan MahaBumi milik Allah hu rabbil alamin..
    dan ambe bukan marah, sekadar memberi penjelasan. kisah Sesat kami ini dah terlalu lama nak di jadikan satu isu, sedang kami pun cuba mencari dan memuja Tuhan yang sama.. Apa itu menjadi satu kesalahan? Fikirkan..

    wassalamualaik.

    Ku Bad/ Raja Badruddin Hakim Shah.

    • Hamid says:

      Assalamualaikum. Mungkin ada benarnye apa yg sedara ku bad perkatakan. Akan tetapi, mnurut sahabat hamba seorang wanita, beliau mmberi sedikit pandangan yg negatif terhadap segelintir anggota kumpulan dendang anak ini. ‘Dia’ yang berkenan dgn sahabat hamba ini ada mngatakan niat untuk berzina walaupun di perkatakan dalam bentuk ‘double meaning’, ada yang mengajak untuk berbicara sex melalui telefon dan sebagainya. Bukan mahu menunding jari kepada yg spesifik, tetapi ingatla bahwa kerana nila setitik,rosak susu sebelanga. Kita ini yang mahu berdakwah pada manusia lain, haruslah melihat apa kesilapan diri dan di perbetulkan sebelum berniat mmbetulkan ahli manusia yang lain. Mungkin hamba juga tidak punya bukti dan sekadar mendengar dari mulut seorang sahabat, akan tetapi hamba menginginkan sebuah jawaban yg bisa meleraikan simpulan dilemma ini. Wassalam.

  6. Mokk says:

    Setuju ngan ku bad…usaha atas bangsa n agame memang d tentang…brape ramei anak melayu bjaye ke pangkal jln????andai kate tiada program ni…siape yg sangup wt usaha cm ni????syukur…masih ad lg yg mahu selamatkn ank melayu n islam….

  7. serbanhitam says:

    thanks ku bad 4 the explaination…..belum lg hamba turun beri penjelasan…….yg menuduh tu entah apa2,tau pun tak…..main sedap mulut jer

  8. serbanhitam says:

    salam…….:)

  9. teja_lekiu says:

    di manakah sesatnya?…sy pn mgikuti dendangan dr dendang anak n ke jerai tmpt program dijalankn…sy xnmpak di mana sesatnya mereka…msh smbhyang 5waktu…baca yassin ngn cra yg btl…jgn lahh sng melontar kata..mnuduh sesat tnpa usul periksa…sy pnh baca di website jab agama…mmg pnh disiatan ttg jemaah usul ini tp yg sy baca ia TIDAK DIWARTAKAN SESAT…cma dlm sisatan…n now jemaah usul ini msh bjalan sperti biasa…so mmg tidak diwartakan sesat lahh…tlg lahh kaji n selidik dlu baru hendak bkata2….assalammualaikum…

  10. ahlul bait says:

    salam utk semua semoga di berkati allah hendaknya. disini saya hendak menyatakan pendapat bahawa tiada manusia yg boleh menyatakan seseorang itu membawa ajaran sesat atau sebaliknya kerana agama itu tadi pon ada pelbagai perjalanannya dan kebanyakan manusia itu hanya melihat sesuatu itu dari luaran sahaja dan yg isinya tidak pulak dikupas maka apabila hanya berpegang pada kulit luaran sahaja maka ilmunya hanya pada luaran sahaja yg mana isi didalam itulah yg akan membuatkan kita beroleh kebahagiaan. Maka apabila hanya asyik pada luaran apabila dia melihat pada dalaman dia akan kata ini tidak betol, salah, was-was dll sedangkan pada hakikatnya apabila anda hendak menikmati sesuatu itu anda harus mengupas kulit dahulu kemudian barulah nampak akan isi dalamannya tadi maka sesiapa yg berusaha tadi hasilnya dia dapat merasai apa yg terkandung pada bahagian dalaman tadi dan pada yg malas hendak mengupas dia hanya dapat melihat pada bahagian luaran sahaja kemudian dia menilai pada bahagian dalaman tadi mengikut pada logik akalnya sahaja sedangkan hakikatnya bahagian dalaman tadi pon ada perbagai bentuk rupa dan rasanya. Renung-renungkanlah…..sekian terima kasih.

  11. teja_lekiu says:

    salam…pd yg mnuduh jemaah ni sesat tlg lahh selidik @ bjumpa sndri ngn jemaah ni….jgn ikut ska hati mnunding jari pd org….

  12. suzie says:

    Salam..maaf ini cuma pandangan dari hamba yang masih jahil. pada pendapat sya, apa2 pun masalah atau kemusykilan yang timbul hendaklah dibawa berbincang secara berdepan agar semua yang dibentangkan akn dapat dijawab terus. setiap kita memang ada pendapat & pemahaman tersendiri akan setiap hal. sebelum bermula perbincangan, kita hendaklah lapangkan dada dan fikiran supaya perbincangan itu dapat berjalan dengan baik dan tidak berakhir dengan rasa tidak puas hati.

  13. aduka G.Jerai says:

    S.E.S.A.T apa lah yg nak di herankan sgt perkataan tuh ! Nasib baik kita lahir zaman nih..zaman Nabi dulu…baginda yg Ummi..tup2 ngaku seorang nabi …sapa nak percaya ? Hanya berapa kerat jer yg YAKIN dgn baginda. Drpd 10 tuntutan Allah pd kita.. 1 dr nya adalah diam . Lebih baik pasang telinga drpd guna lidah …cop org lain sesat. Lbh baik siasat.

  14. ReeZ /// says:

    Assalamualaikum…
    Saudara2 Ku,

    Dipanjatkan syukur pada Ilahi empunya sekian ciptaan-Nya,puji-pujian kepada Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW..

    Sedikit pendapat dari saya yang cetak ilmu ketuhanan ini.Dari pembacaan,kajian dan sedikit perbualan antara orang tua,apa yang saya dapati dan fahami ilmu Sufi ini satu jalan yang indah,tiada sesatnya bagi pendapat saya.Dari zaman dahulu kala lagi perjalanan seorang atau kumpulan Sufi sentiasa mengalami rintang dan dugaan.Jika ada saudara2 yang mempertikaikan perjalanan Sufi ini,Saya sarankan saudara2 menbuat kajian terhadap perjalanan Sufi ini,dari mana asal-usulnya dan bagaimana ia bermula.Hasil dari kajian dan pencarian saya,saya secara peribadi amat mengagumi perjalan seorang yang bergelar Sufi.Kepada mereka yang berjuang melalui landasan Sufi ini teruskan perjuangan anda.InsyaAllah akan dipermudahkan segala perjalanan anda.Jalan menuju makrifatullah itu penuh liku dan cabaran.

    Sekian, sedikit sebanyak pendapat peribadi saya.Saya bertangung jawab penuh keatas segala kata-kata saya diatas.

    Wallahu a’lam .

  15. royal_GOLD says:

    Assalamualaikum…
    Sy mahu mhulurkan sdikit bantuan bulanan untuk dendang ank…
    Bagaimana ye…?

    • Tania says:

      Salam…royal_GOLD…sila hubungi Mie untuk keterangan lanjut..0

    • Tania says:

      royal_GOLD says:
      May 4, 2012 at 8:31 pm
      Assalamualaikum…
      Sy mahu mhulurkan sdikit bantuan bulanan untuk dendang ank…
      Bagaimana ye…?

      Salam…royal_GOLD…sila hubungi Mie untuk keterangan lanjut..0199763231

  16. azim says:

    mana nak dapat cd dendang anak ni??
    qasidah burdah yang dalam cerita 7 petala cinta tu pun dari dendang anak ke??

  17. tania says:

    azim…maaf ye..dendang anak tidak produce cd untuk dijual. kalau saudara mahu mendengar lagu2 dendang anak, bolehlah layari Youtube ya. Mekaseh.

  18. Muhammad Razi says:

    Kes Ustaz Zul telah ditutup dan beliau sah didapati tidak bersalah. Laporan polis juga telah di buat
    REport No : HULU KELANG/006866/12
    boleh refer pd balai polis melawati ampang jaya malah laporan aduan SKMM juga telah dibuat.

  19. saiful_anuar says:

    saya puji usaha ust.zul utk membantu bangsa2 melayu..
    kembali pd jalan usul demi hidup yg beragama,.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s