Rumah Rehat Di Telok Ketapang

* Nama tajuk artikel ini telah ditukar pada 14 JUN 2008 bagi mengelakkan kekeliruan yang bakal wujud. Segala kesulitan amat dikesali.

Satu perkembangan sihat yang aku rasakan semakin menjadi trend di kalangan masyarakat di kampong aku.. bermula dengan hanya beberapa orang pengusaha .. sekarang boleh dikatakan banyak yang mula buat rumah rehat nih .. malah ada yang mempunyai 2 buah rumah rehat dan lebih ..

http://img148.imageshack.us/img148/1509/ketapanger5.jpg

Bagi yang ingin melarikan diri dari kesesakan kota, mungkin akan merancang untuk bercuti seketika di tempat tempat yang mendamaikan jiwa. Akan tetapi masalah akan anda hadapi apabila tiba sahaja anda di suatu bandar, hotel dan resort telah penuh terutamanya pada waktu puncak seperti cuti sekolah dan musim perayaan.

Jangan risau, anda hanya perlu mencari rumah rehat yang bertebaran bak cendawan tumbuh selepas hujan. seperti di tempat aku nih. Kalau ada majlis graduasi Kusza ( UDM ) dan Kustem ( UMT ) .. pasti ramai yang book rumah rehat untuk sanak saudara mereka barang sehari dua.

Member aku yang juga anak kepada seorang pengusaha Rumah Rehat di Teluk Ketapang menyatakan, pendapatan bulanan bapanya yang menjalankan perusahaan Rumah Rehat melebihi RM 2 K . Fuh goyang kaki kau … lagi pula Rumah Rehat yang dikendalikan antara yang termurah dikalangan Rumah Rehat di sekitar Teluk Ketapang Seberang Takir nih .

aku akan kembali lagi dengan artikel dan info setiap Rumah Rehat yang berada di sekitar Seberang Takir. Ini adalah usaha kecil aku untuk Tahun Melawat Terengganu 2008 dan juga Sukma 2008.

Photo Oleh Nasey, Artikel Oleh Hardyweb.

Peta Homestay Teluk Ketapang

For Enquiry Please Call

Cikgu Azmi : 013 – 9234837

www.homestayketapang.com

About hardyweb

Name : Adi Location : K Terengganu Occupation : Computer
This entry was posted in homestay, rumah rehat and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

12 Responses to Rumah Rehat Di Telok Ketapang

  1. delang says:

    kalu ade duit lebih ape kate bleh la bukak satu rumah rehat ni, tahun depan mmg masyuk la…teringin jugak..hehehhehe…

  2. i am not able to understand a single word of it .

  3. hardyweb says:

    Sori .. this is malay language, to be specific, terengganu accent

  4. CIKGU AZMI says:

    assalammualaikum…saya merupakan pengerusi homestay teluk ketapang,,saya dapati bahawa web / blog ini memaparkan nama homestay teluk ketapang…bagi makluman tuan homestay teluk ketapang merupakan homestay yang berdaftar dengan kementerian pelancongan malaysia…jika tuan mempunyai nombor daftar homestay sila kemukakan kepada kami kerana penggunaan homestay teluk ketapang ini mendatangkan kekeliruan kepada pengguna antara homestay persendirian dengan homestay yang sebenar diharap agar tidak menggunakan nama homestay teluk ketapang sewenag-wenangnya.terima kasih

  5. hardyweb says:

    walaikumsalam.. cikgu azmi

    adakah nama Teluk ketapang homestay telah digezetkan dalam daftar Trademark ? setakat berdaftar dengan kementerian pelancongan malaysia . saya rasa tidak nampak apa apa masalah . kehadiran artikel dalam blog ini pun, bukan mendatangkan keuntungan kepada saya .. saya tidak membuat apa apa profit dalam hal ini. cuma MEMBANTU MEWAR-WARKAN tempat kita.. itu saja..

    Jika nama dalam artikel tersebut sama dengan laman cikgu ..saya juga tidak mahu panjangkan cerita ini sampai ke Balai Polis atau sebagainya, sebagai solution. saya akan menukar kepada tajuk Rumah Rehat Teluk Ketapang.. itu pun kalau cikgu setuju.. tetapi tidak sesekali saya akan memadamkan artikel ini.

    Sebagai menghargai teguran dari cikgu .. saya berbesar hati untuk meletakkan laman cikgu dalam artikel saya ini ..

    sekian harap maklum

    terima kasih.

  6. Pingback: Tajuk Nama Sama « hardyweb:perjalanan hidupku™

  7. Pingback: Nama Tajuk Sama « hardyweb:perjalanan hidupku™

  8. CIKGU AZMI says:

    Assallamualaikum..tuan,terima kasih kerana membantu kami mengatasi kekeliruan pengguna dan terima kasih juga kerana mempromosikan kami.Maaf, jika teguran daripada pihak saya ini membuatkan tuan berasa hati.Kami tidak bermaksud untuk mengecilkan hati mana-mana pihak jauh sekali ingin membawa kes ini ke balai polis…Homestay Teluk Ketapang sebenarnya adalah milik semua penduduk teluk ketapang yang telah menyertai program ini.Mereka telah berkursus dan melalui pelbagai peringkat untuk mendapatkan lesen dari pihak berwajib.Kami juga sebagai badan NGO dibawah Kelab Belia MAYC Teluk Ketapang turut mempromosikan rumah-rumah rehat lain di sekitar kampung ini.Sekali lagi saya bagi pihak JK Homestay memohon maaf sekiranya terdapat mana-mana pihak yang terguris atau berasa hati dengan penyataan kami kelmarin.Kami juga mengalukanngalukan kesudian tuan untuk bersama-sama kami untuk mempromosikan tempat kita ini sebagai satu usaha Fardhu kifayah membantu masyarakat melayu dan islam di kampung ini..terima kasih.Jemputlah kerumah jika ada kelapangan untuk kita bertukar idea.

  9. hardyweb says:

    kita dok curi hok orang.. nok wak mende nok rasa hati nye.. heh.

  10. lankapo says:

    ADI.
    ko nk bukak homestay baru ke ? Klu nak bukak aku nak join hehe. Nama glamer sket lah, bagi sentuhan web 2.0 sket. Lankapo homestay ke, kapadi homestay ke ok watt

    hahaha

  11. hardyweb says:

    hahha.. takyah la.. kang kacau bisness orang lain plak. heh..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s