Semalam masa melepakkan diri kat putera.com, aku ada baca tutorial yang di tulis seorang rakan forum berkaitan dengan webserver yang diburnkan dalam CD. Teknik sebegini sesuai bagi mereka yang ingin membaca secara offline dan juga bagi yang ingin membuat presentation .
Setelah mengoogle, maka aku dapati banyak juga software yang boleh digunakan untuk membuat kaedah webserver dalam cd nih .. rupanya pengusaha ilmukomputer.com pun menggunakan kaedah begini untuk distribute cd mereka. sila rujuk blog ini untuk bacaan lanjut .
Software yang aku test semalam iaitu Dwebpro, support PHP, Perl, Python, Ruby, Rebol, Delphi, ASP.Net, JSP/Servlet, Zope, Coldfusion, EXE/CGI/ISAPI. yang lain lain belum test lagi, tapi kebanyakan software yang support php dan mysql sahaja.
Teknik persembahan / presentation hanya satu hala sahaja. maka pelajar pelajar tahun akhir IT rasanya tak boleh guna kaedah ini untuk persembahan projek mereka. sebab melibatkan data entry .. ia hanya sesuai untuk orang yang buat marketing atau orang yang beri ceramah ..
Aku rasa aku nak letak website profile aku dalam cd kecik .. heheheh cun gok .. antor cd ajer kat bahagian HR kalau nok mintok kerja kat memana .. canggih gile ..
Silap Burn ISO
Semalam aku tersilap burn iso dalam linux, iso tu kecik aja, lebih kurang 50 MB, tersilap file, 3 keping cd tu silap burn file, kalau buang .. rugi plak.. nak burn next session kena buat iso baru plak .. sedangkan file iso yang sebenar yang aku nak burn tu . dah siap dah..aku burn guna arahan cdrecord.
nasib baik ada K3B .. apa yang aku buat..
1. masukkan balik cd yang dah ada isi tadi
2. start program K3B.. baca session yang lepas.. amik session yang telah di kenalpasti .
3. mount iso … mount -o loop -t iso9600 file.iso /media/iso
4. carik file yang telah di mount kat /media/iso dan heret ke dalam cd untuk diburn..
5. siap .. save cd aku ..



en psychoX.. nak letak link blog ko kat blog aku bleh…
bereh.. permission granted