Cara DVD Flickr Bekerja

1 11 2007

Siri 1 : Mari Belajar IT Bersama Adi

Soalan dari En Azlan

oo ya ker..download kat youtube je ker..satu lagi yg DVD flick tu, apa beza dgn software burner biasa?

Jawapan oleh saya

Begini cerita dia .. DVD flick nih sebenarnya boleh dikatakan GUI sahaja yang memudahkan pengguna untuk buat dvd. yang bekerja di belakang DVD flick nih banyak jugok lah software software lain seperti ffmpeg, imgburn, delaycut, dvdauthor dan sebagainya.

bezanya dengan software burner biasa, adalah software burner biasa seperti nero akan minta file berformat vob untuk dvd dan file berformat mpeg, mpg, avi untuk vcd .

Jadi, kelebihan DVD flick nih, ia boleh menukar banyak format file kepada bentuk dvd ( vob file ). Tugas menukar file file seperti flv, mpeg dan sebagainya akan diserahkan pada software ffmpeg untuk menukarkan bentuk file. FFMpeg adalah video/audio converter yang paling bagus pada pandangan saya.

Semasa proses encode /decode juga .. banyak software open source lain lagi yang terlibat sama seperti dvdauthor, cat command dan sebagainya.

Selepas proses encode / decode dilakukan. DVD flick akan mengarahkan pula imgburn supaya membina satu file iso seperti mana yang telah ditetapkan oleh pengguna. dalam dvd flick nih kita boleh set , sama ada kita nak guna cd-r 650, cdr 700, cdr 800, DVD-R 4.xx gig . dan sebagainya.. so tugas tersebut akan dipikul oleh imgburn..

setelah imgburn membuat file ISO, maka untuk proses burning, sekali lagi diambil oleh imgburn jugok… so tak hairanlah.. Movie DVD boleh diburnkan dalam CD-R 700MB..

Jika anda tiada stok cd semasa proses untuk membuat dvd.. anda boleh hasilkan file ISO sahaja tanpa burn video tersebut ke cd.

Semua proses dilakukan secara automatik sepertimana yang telah disetkan oleh pengguna dalam DVD flick..


Tindakan

Informasi

2 gerakbalas-gerakbalas

3 11 2007
lankapo

thanks adi,
so klu nak burn pakai dvd flick ni tak semestinya guna dvd burnerlah ekk..oo

3 11 2007
adi

tak yah…

Tinggalkan komen