Selamat Tinggal

30 12 2007

Selamat tinggal tahun 2007 .. tahun yang mencabar minda . mencabar jiwa . dan mencabar kesabaran seorang yang bergelar lelaki, suami dan dot dot dot ..ahlan wa sahlan 2008, moga rezeki melimpah ruah pada tahun depan nih. moga aku ditambahkan banyak lagi rezeki .. insya allah ..

Tahun depan mungkin kita akan menempuh satu alam baru, bagi mereka yang dah sampai umor .. cuba la check nama anda kat SPR.. sebab kita nak siap sedia untuk PRU 12 .. kalau tak daftar . maka .. tak de peluang la nak mengundi kelak..

Pilihlah pemimpin yang adil,pilihlah pemimpin yang adil. pilihlah pemimpin yang adil .. jangan pilih pemimpin yang zalim … jangan sesekali memilih pemimpin yang zalim ..jangan pilih mereka mereka yang hanya membenarkan khutbah Jumaat yang membicarakan hal hal ranting sahaja. sedangkan hal hal akar umbi tidak disentuh sedikit pun..

Kepada kawan kawan yang sering mengunjungi blog aku . aku ucapkan ribuan terima kasih, segala respon yang aku terima dari korang tu .. aku anggap sebagai pembakar semangat untuk terus menulis di masa akan datang.. terima kasih pada akusape.blogspot coz mantion blog aku dalam entry ko .. ko pun banyak gak idea idea baru yang boleh aku amik.

Banyak lagi testing yang aku nak buat untuk tahun hadapan . seperti cms PLONE .. aku masih belum test lagi benda alah nih. kata kawan aku benda nih best gile .. aku pun mahukan input input yang bernas dari korang semua untuk mengetest software software baru .. kalau boleh yang open source ..

Tapi seperti yang aku tulis dalam about di atas tu .. aku punye kemahiran terbatas lantaran budget yang kurang. aku tak ada SUN server, aku tak ada CISCO router dan switch, aku tak ada fiber optik. Aku tulis apa yang ada disekeliling aku yang berkaitan dengan aku.

Aku mohon maaf kalau ada tersilap kata, terkasar bahasa, ter maki hamun, ter , ter dan ter sepanjang aku menulis dalam blog ini.

akhir kata, marilah kita sama sama mencari mana dia Al razali, dan mencari mana dia al shafie… marilah kita bekerja bersama sama.. huk huk huk…

ku bukan cari harta bertimbun timbun . ku cari ilmu nan setitik di 7 lautan siber.


Tindakan

Informasi

18 gerakbalas-gerakbalas

30 12 2007
civ3

bro adi, alam siber pun ada 7 lautan ke? kehkehkehkeh….

30 12 2007
hardyweb

hahaha… ada .. semua ada.. luarah dendam , lautan dalam.. serupa gak ngan dunia sebenar..

30 12 2007
zuriaf

selamat tahun baru bro…. :D

30 12 2007
cikf=)

selamat tahun baru..
selamat mngundi jgak…=)

30 12 2007
khairulnizambakeri

Macam baca wasiat da….
Hehe.

31 12 2007
Rizwan

Selamat Tahun Baru, Hardyweb..

Aku dah cukup umur, tapi tak pernah mengundi..

Kenapa? Ntah, aku rasa semua tu tipu semata2..hahahaha

Undi laa parti kesukaan korang, konpem BN menang..muakakakaka

31 12 2007
hardyweb

selamat tahun baru semua… tak kisah sape menang pun …

31 12 2007
bob

selamat jugak……

azam tahun baru tahun ning sama ngan tahun2 lepas punyer….

nak kuruskan badan…. :-)

31 12 2007
adi

isya allah bob.. boleh lagi tu … jangan makan nasik setahun untuk tahun depan .. agak agak ko boleh tak ? bukti dah ada depan mata.. cuba ko tengok Mek Salam pantai timor ..

31 12 2007
adi

khairul, cikfauzani, firus.. aku dah RSS blog korang dalam google reader aku . kekadang aku tak sempat nok update blogroll.. huhuh..

31 12 2007
bob

mapus aku……. :-X

31 12 2007
cikf=)

hehe…xpe2…
thanx nway…
sy jarang letak kat blogroll…byk sgt..
tapi insyaAllah..pass by utk bace la..=)

31 12 2007
Bayan

selamat tahun baru encik adi. Semoga ilmu yang ada bertambah dari hari kehari. Jangan lupa kongsi ek. Marilah kita sama-sama cari al-razali dan as-syafie itu. insyaAllah.

31 12 2007
LanoG

Selamat…. :D

31 12 2007
mybob

selamat tahun baru…semoha makin suksess..

31 12 2007
adi

selamat tahun baru semua.. tapi jangan kita lupa .. kita perlu sambut tahun baru hijrah lagi meriah dari sambuat tahun baru masihi .. tahun baru masihi nih, sambut ala kadar ajer la…

16 01 2008
akusape

Bro..blog kau paling best.Ko nye ilmu kasta atas bro.aku harap blog ko akan sukses(masuk tv dan media cetak).Hari-hari aku bukak blog ko nk tgk bende baru.Respect.

17 01 2008
adi

insya allah . berkat doa kawan kawan… kalau sebut pasal masuk TV nih . yang nih aku rasa segan plak .. heheh. biarlah blog ini jadi rujukan kawan kawan, teman teman. dan sahabat sahabat saja…

Tinggalkan komen