Fast Update Pilihan Raya

9 02 2008

salam semua.. sori le . tak ada berita pasal pilihan raya sebenarnya. cuma nama ajer aku pilih cam gitu . sebab kita dah nak masuk dalam suasana pilihan raya …

Yang aku nak update adalah

1. Pasal Plone, aku mungkin hentikan dulu buat seketika sebab ram yang diperlukan amat tinggi. sedangkan PC yang aku buat test nih RAM dia 256 ajer… berat oooo… kalau ada masa terluang. aku mungkin try install plone kat linux .. tengok keadaan dulu ..

2. CLI ( Command Line Interface ) ..aku baca artikel wan penganas pasal cli dengan GUI .. ini pendapat aku la wan.. better ajarkan bebudak beginner nih. dua dua cara .. lagi bagus .. aku dulu pun di ajar guna CLI berbanding guna GUI . mungkin kalau UBUNTU, GTK dia dah banyak yang siap sedia untuk digunakan . tapi kalau dalam distro lain, GUI tertentu mungkin tiada …

3. Aku mungkin akan menulis lagi, sebuah buku teknikal komputer berbahasa Melayu Terengganu. Mungkin nama buku tu Asas Komputer 2 .. yang merupakan kesinambungan buku aku yang pertama dulu. Tapi isikandungannya . aku tak fikirkan lagi. apa apa pun .. cadangan dari korang amat aku alu alukan ..

4. Ada beberapa buah buku yang aku nak beli. oleh kerana luit tatak cukup ooo . kena tangguhkan dulu … buku 1 : Tafsir Al Quran Pimpinan Ar Rahman RM 48 … Buku 2 : Wang, Anda dan Islam . ditulis oleh Al Fadhil Ustaz Zaharuddin Abd Rahman . RM 29 ( kedai buku ) .. kalau beli online Rm 24 .. tapi buat masa sekarang pembelian online ditutup sementara waktu ..

selamat berperang poster, selamat menamakan calon, selamat mengundi .. dan pilih la Pemimpin yang adil ..


Tindakan

Informasi

2 gerakbalas-gerakbalas

9 02 2008
sebol

ala
atleast teka la 1 hari untuk dijadikan ramalan

9 02 2008
hardyweb

kang diaorang kata kita nih Nujum Pak Belalang plok… dok pun tukang tilik .. ( aku dengar dalam berita TV1 semalam ) ..

Tinggalkan komen