Kepada sesapa yang dah biasa dengan tanda µm nih dan dah biasa dengan CPU. mesti dah tau pasal benda nih . tapi bagi yang tak tahu lagi tu .. aku nak bagi tau la skit sebanyak pasal µm kat korang..
Micron atau Micrometer merupakan unit ukuran untuk benda benda kecik. dalam bentuk nombor ia adalah 0.000001 (10^-6) meter. Bandingan, rambut kita yang hitam nih .. purata ukuran diameternya adalah 100 µm. Manusia boleh nampak sehingga 20µm sahaja.. Bayangkan CPU Pentium III Catmai yang dibina dengan 9.5 juta transistor yang mana setiap transistor berukuran 0.25µm. Bertapa keciknya .. dan halusnya transistor tu .
Sekarang Intel dan AMD berlumba lumba membina CPU yang lebih kecil transistornya..

180 nanometer = 180µm
Pagi nih aku juga terbaca pasal laser CD-Rom dan DVD-Rom . unit dari pancaran laser DVD-ROm lebih kecil daripada Cd-rom yang juga dikira dalam bentuk micrometer. .
Trek pitch CD adalah 1.6 microns, dan Trek pitch DVD hanyalah 0.8 microns. Kepanjangan minima laluan lubang CDs adalah 0.843mm, dan kepanjangan minima lubang DVD adalah 0.293mm. Itulah sebabnya cakera DVD dapat menampung banyak data yang lebih dalam saiz satu Cakera.
sila baca lanjut kat sini




trimas kerana kasi sikit link kt page ku…