Sesen nngira, dekut ngat Part 2

5 04 2008

ok seperti yang dijanjikan untuk melaporkan pasal harga rounded
tempohari, semalam aku g shoping kat mydin mall kuala
terengganu.

Nampaknya mereka lebih bijak dengan mengambil langkah meletakkan harga yang tak perlu dibundarkan,
aku perkirakan lebih 80 % barangan telah pun diubah kepada harga yang tak perlu dibundarkan
seperti contoh 1.95 sen dan 1.10. tidak seperti dahulu lagi,
pihak pengurusan mereka hanya meletakkan odd pricing pada barangan basah
sahaja dan  sesetengah barang makanan yang lain seperti beras, masih ada yang berharga RM 19.99.

aku perhatikan, kebanyakan barangan yang diletakkan harga seperti contoh

RM 6.05
RM 9.10
RM 4.50
RM 6.90
RM 3.25

cuma pada bahagian makanan basah seperti bahagian ikan daging, bawang, buahan
dan sayuran kelihatan harga masih seperti dahulu
RM 7.99
RM 0.79
RM 6.99

Aku fikir diaorang pun tak nak rugi. sebab dekat bahagian barangan basah sahaja yang menyebabkan
berlakunya pengiraan bundar ini. seperti contoh, jika anda beli barangan lain seperti ubat gigi, tepong, sabun mandi, pelembut . harga mungkin tidak dibundarkan.
tetapi jika melibatkan pembelian barangan basah yang mana barangan yang kita beli mengikut berat timbangan. mungkin anda
rugi atau peniaga yang rugi. katakan harga bawang putih RM 0.79 sekilo. tak kan kita beli sekilo ? mungkin kita beli dualabu
bawang putih saja.. yang mungkin harganya RM 0.53 sen setelah ditimbang. 10

Bawang Putih RM 0.53
Ubat gigi    RM 4.25
Softlan      RM 5.30

RM 10.08

senang kira.. RM 10.10 .. hahah korang rugi 2 sen ..

aku rasa kita sebagai pengguna perlu diberi satu kemudahan penimbang  supaya dapat kita
timbang dulu barang yang kita nak beli untuk mendapatkan
jumlah berat dan harga yang sesuai mengikut kehendak kita

pastu barang tersebut ditimbang sekali lagi oleh pekerja kedai dikaunter lain seterusnya ditampalharga barangan tersebut

angka angka 5,9, dan 8 seolah olah telah diset oleh mereka.. jika di campur nombor nombor nih .. menyebabkan kita yang rugi…

RM 1.15
RM 4.19

RM 5.34

rounded 5.35  .. pengguna rugi 1 sen

RM 6.45
RM 4.98

Rm 11.43

Rounded 11.45 .. pengguna lagi yang rugi.. 2 sen tuuuu…

hok cerdik deme semua lew.. hok baham bodo .. kite lew.. tapi . aku cerdik semalam sebab mydin rugi 2 sen . hahahha..
nasib jer tu .


Tindakan

Informasi

One response

9 04 2008
Jimat Atau Senang Kaya? « 3K - Kaji, Kritik, Kantoi

[...] dengan entry Encik Hardyweb di blognya tentang konsep “Jimat Dan Senang Kira” (disini, sini dan sini) yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna baru-baru ini. [...]

Tinggalkan komen