Sesen Nngira, D’ekut Ngat Part 3

9 04 2008

Assalamualaikum semua, terlebih dahulu aku mohon maaf sebab tak ada posting yang dibuat semalam berikutan aku bercuti atas urusan peribadi.

Kelmarin ( sehari sebelum bercuti ), aku ke pasaraya Hyperruncit Sabasun yang merupakan pasaraya bumiputera yang berjaya. Aku dapati harga-harga barangan masih lagi menggunakan harga lama, tidak seperti Mydin Mall. Aku agak mereka tidak turut serta dalam kempen Senang Kira.

Tidak pula aku bertanya pada casher atau ternampak stiker/poster kempen Senang Kira. Mungkin aku yang tak nampak. Namun begitu, semalam, semasa bertemu dengan kawan, dia bagi tau aku, dia ada ternampak stiker / poster Kempen Senang Kira di Sabasun.

Pada pandangan aku, mungkin proses transformasi untuk kempen Senang Kira di Sabasun belum dikuatkuasakan lagi.Agaknya la. Maklum sajalah, banyak benda nak kena buat, nak kena semak dan sebagainya. Aku tak tahu bila Sabasun akan melaksanakan kempen Senang Kira tersebut. Sempat lagi menggunakan duit syiling se sen yang ada dalam tabung kat rumah di Sabasun nih . Haha..

Syarikat Pakaian Fesyen Sri Intan yang baru buka di sebelah Sabasun juga tak melakukan pembundaran harga. Bini aku beli dua helai baju RM 6.99 sehelai .. casher bagi balik dua sen. Dan bil air yang aku dapat dari Syarikat Satu pun dah pun menjalankan kempen Senang Kira. Cuba lihat gambar bill yang aku sertakan di bawah.

Sasaran aku seterusnya, yang biasa aku kunjungi adalah KFC ( cukai kerajaan dan perkhidmatan ). Pizzahut ( cukai kerajaan dan perkhidmatan ).

Sekian dulu laporan pemerhatian aku sebagai seorang pengguna, pembeli dan menanggung pembundaran/penggenapan Senang Kira Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna.

Terima kasih.

baca semua bahagian Sesen Nngira


Tindakan

Informasi

5 gerakbalas-gerakbalas

9 04 2008
kipp

Aku pernah dengar citer pasal Sabasun sebelum dia berjaya cam sekarang. Masa dia tengah teruk dulu, dorang panggil consultant untuk tengok perniagaan dorang. Kaji punya kaji, rupa-rupanya Sabasun guna stail “kira burn aje la” walaupun dorang guna kod bar untuk transaksi pembelian. Maknanya kalo ada 2 sen, dorang malas nak kira, “kira burn aje lah”.

So, consultant ni buat kajian bahawa setiap 1 atau 2 sen yang di “kira burn aje la” menyebabkan dorang rugi hampir RM 20,000 setiap bulan. So, konsep jimat dan senang kira ni seperti “mengulangi” kesilapan lama Sabasun. Aku rasa orang Sabasun pun tengah pening pasal konsep ni.

9 04 2008
hardyweb

ooo patut la dia orang tak buat lagi kempen Senang Kira tu ye…

dan patutla mydin pun dah siap siap roundedkan harga barangan diaorang..
cam contoh harga air cincau (buatan muslim ) dulu RM 1.50 .. dia kurangkan jadik RM 1.45 . harga barangan lain mungkin diup skit kut .. 5 sen.

9 04 2008
Jimat Atau Senang Kaya? « 3K - Kaji, Kritik, Kantoi

[...] Encik Hardyweb di blognya tentang konsep “Jimat Dan Senang Kira” (disini, sini dan sini) yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna baru-baru ini. Secara [...]

13 04 2008
SALMI BIN IBRAHIM

Assalamualaikum WBT,

Terlebih dahulu pihak kami di SABASUN mengucapkan ribuan terima kasih di atas keperihatinan saudara dan saudari di dalam isu tersebut. Di sini juga pihak kami memohon maaf di atas kelewatan di dalam mengambil tindakan di dalam menangani isu tersebut. Sebenarnya, terdapat dua perkara yang melewatkan kami.

Pertama ialah kaedah “jimat & senang kira” yang kami kaji kembali untuk keadilan di pihak pelanggan. Oleh itu kami memperkenalkan sistem senang kira yang agak barlainan. Sistem tersebut adalah seperti berikut:

di antara 1 sen hingga 4 sen akan dibundarkan kepada 0 sen.
Contoh: Sekiranya Jumlah pembelian RM 25.04, Pelanggan hanya perlu membayar RM 25.00.
Manakala di antara 6 sen hingga 9 sen akan dibundarkan kepada 5 sen.
Contoh: Sekiranya jumlah pembelian RM 38.99, Pelanggan hanya perlu membayar RM 38.95 sahaja. Dari itu, pelanggan sentiasa dipastikan mendapat diskaun di antara 1 hingga 4 sen di dalam setiap transaksi. Manakala pihak Sabasun pula InsyaAllah, tidak terhutang apa-apa dengan pelanggan dalam setiap transaksi.

Kedua, sistem komputer dan perisian kami sedang dalam proses pengaturcaraan kembali untuk menepati keperluan pengiraan yang diputuskan.

Walaubagaimanapun, sistem “jimat & senang kira” di premis kami akan beroperasi sepenuhnya pada 14hb April 2008. Di sini juga kami warga Sabasun ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga di atas sokongan yang telah saudara saudari hulurkan.

Wassalam.

13 04 2008
SALMI BIN IBRAHIM

kipp (14:09:39) :

Assalamualaikum,

Kepada Encik Kipp, izinkan saya membuat penjelasan tentang perkara diutarakan. Sebenarnya, pihak kami tidak pernah menggunakan mana-mana consultant sebelum ini di dalam menjana perniagaan. Perjalanan sistem di Sabasun setakat ini diputuskan sepenuhnya oleh Majlis Syura kami yang dianggotai oleh Pengurus-pengurus Kanan, Pengurus-pengurus dan juga kakitangan.

Penggunaan 1 sen hingga 4 sen dan 6 sen hingga 9 sen telah menjadi amalan Sabasun di dalam menetapkan harga semenjak tahun 1997. Kami menggunakan kaedah ini kerana keuntungan dari jualan barangan runcit adalah sangat minima. Oleh itu setiap sen merupakan nilai yang sangat besar bagi perniagaan ini. Kaedah ini juga merupakan kaedah yang sangat penting dan berkesan apabila berlaku ‘price war’ di kalangan pesaing.

Dalam perniagaan runcit, tidak ada istilah ‘burn’ atau ‘malas’ kerana setiap sen adalah amat bernilai di dalam menentukan daya tahan dan daya saing syarikat. Perniagaan runcit yang keuntungannya sangat sedikit tidak akan mampu ’survive’ sekiranya dari peringkat awal kita mempunyai sikap ‘kira burn ajelah’.

Oleh itu, kami ingin menegaskan di sini, Adalah tidak benar pihak kami mengambil sebarang konsultan dan adalah tidak benar sama sekali bahawa kami pernah kerugian RM 20,000.00 akibat isu wang 1 sen.

Mungkin En. Kipp tersilap dapat info, walau apapun, pihak kami maafkan di atas kekhilafan tersebut. Wallahu’alam.

Sekian, terima kasih.

Tinggalkan komen