ini adalah catatan daripada owner Sabasun Hyperuncit dalam komen amber.. so amber fikir untuk membawanya ke hadapan supaya lebih ramai blogger dapat membaca dan memahaminya. disamping promosi tidak langsung oleh amber.
================================================
Assalamualaikum WBT,
Terlebih dahulu pihak kami di SABASUN mengucapkan ribuan terima kasih di atas keperihatinan saudara dan saudari di dalam isu tersebut. Di sini juga pihak kami memohon maaf di atas kelewatan di dalam mengambil tindakan di dalam menangani isu tersebut. Sebenarnya, terdapat dua perkara yang melewatkan kami.
Pertama ialah kaedah “jimat & senang kira” yang kami kaji kembali untuk keadilan di pihak pelanggan. Oleh itu kami memperkenalkan sistem senang kira yang agak barlainan. Sistem tersebut adalah seperti berikut:
di antara 1 sen hingga 4 sen akan dibundarkan kepada 0 sen.
Contoh: Sekiranya Jumlah pembelian RM 25.04, Pelanggan hanya perlu membayar RM 25.00.
Manakala di antara 6 sen hingga 9 sen akan dibundarkan kepada 5 sen.
Contoh: Sekiranya jumlah pembelian RM 38.99, Pelanggan hanya perlu membayar RM 38.95 sahaja. Dari itu, pelanggan sentiasa dipastikan mendapat diskaun di antara 1 hingga 4 sen di dalam setiap transaksi. Manakala pihak Sabasun pula InsyaAllah, tidak terhutang apa-apa dengan pelanggan dalam setiap transaksi.
Kedua, sistem komputer dan perisian kami sedang dalam proses pengaturcaraan kembali untuk menepati keperluan pengiraan yang diputuskan.
Walaubagaimanapun, sistem “jimat & senang kira” di premis kami akan beroperasi sepenuhnya pada 14hb April 2008. Di sini juga kami warga Sabasun ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga di atas sokongan yang telah saudara saudari hulurkan.
Wassalam.
p/s: catatan kedua en salmi
Adalah tidak benar pihak kami mengambil sebarang konsultan dan adalah tidak benar sama sekali bahawa kami pernah kerugian RM 20,000.00 akibat isu wang 1 sen.
mari lah kita g bbeli kat Sabasun ramai ramai weh..




ni baru jolo, SABASUN dihatiku.
beginilah org kalao yang tahu hukum hakam Islam…
“WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN,JANGAN KAMU MAKAN HARTA SESAMA KAMU SECARA BATIL” An-Nisaa’ 29.
beres brader salmi
salman sihat ker ?
“Adalah tidak benar pihak kami mengambil sebarang konsultan dan adalah tidak benar sama sekali bahawa kami pernah kerugian RM 20,000.00 akibat isu wang 1 sen”
Ceh.. aku ingat cerita ni betul. Rupanya bukan la… member aku kat ganu yang citer bende ni kat aku. Tak betul rupenya… Hampeh…
GO SABASUN!!!!!!!!!
[...] Artikel ini aku ambil dari rakan perjuangan kempen Jimat dan Senang Kira – En. Adi. [...]