Pngcrush Revisit

16 04 2008

Salam semua.. suatu masa dulu aku ada buat posting dekat putera.com dan blog lama pasal pngcrush. Member member lama aku yang follow blog lama tentunya dah tahu pasal pngcrush nih.

So hari nih, aku buat melawat kembali ke pngcrush website. dan aku dapati software ini dah pun mengalami perubahan yang ketara. Tetapi secara dasar, kegunaannya untuk mengoptimumkan saiz fail png yang dihasilkan oleh software image editor..Ia berbentuk command line dan boleh digunakan dalam windows dan linux.

Laman : http://pmt.sourceforge.net/pngcrush/

Download win32

bagi pengguna windows, ada satu kaedah yang aku jumpe lebih menyenangkan daripada mengingati atribut atribut command pngcrush..

sila ke http://www.weirdlooking.com/blog/64,boleh follow arahan yang diajar di sana. tetapi bagi sesetengah orang, masalah akan wujud sebab software seperti GIMP atau adobe photosop atau firework telah pun create key pngcrush pngfile dalam regedit.. apa apa pun . anda boleh buat secara manual dengan menambah key yang ditunjukkan dalam blog ke dalam registeri windows anda menggunakan regedit.

Baca lanjut tentang PNG dan pngcrush

1. http://en.wikipedia.org/wiki/Pngcrush

2. http://www.libpng.org/pub/png/

3. http://en.wikipedia.org/wiki/Portable_Network_Graphics


Tindakan

Informasi

Tinggalkan komen