Hikayat Hardyweb: Part II

29 04 2008

Bab 2: Blogger

Hardweb melihat ada tiga email baru di dalam inbox akaun gmailnya. Antara tiga email tersebut, satu adalah dari wordpress.com. Kebiasaanya, jika ada email dari wordpress bermakna ada seseorang telah meninggalkan komen dalam suatu tulisan di blog wordpress. Setelah membaca isikandungannya dan memeriksa url posting dalam blog. Untuk membalas komen dari pelawat tersebut, hardyweb terus ke laman blognya dan login ke akaun wordpress seterusnya membalas komen pelawat berkenaan.

Hardyweb tidak menggunakan aplikasi blogger dari google.com kerana sebelum blogger.com muncul ( Blogger.com telah dibeli oleh Google Inc dan sekarang menjadi sebahagian dari aplikasi di dalam Google ), dia telah pun menggunakan wordpress sejak tahun 2003. Pada masa tersebut, wordpress.com belum lagi muncul, yang ada hanya wordpress.org dengan sistem wordpress 1.5 yang perlu diinstall sendiri ke dalam webserver yang berkeupayaan membaca fail php dan mempunyai database mysql.

Oleh kerana pada ketika itu, amat jarang hosting yang support php dan mysql dengan saiz quota hosting yang besar secara percuma. Akan tetapi terdapat satu hosting yang menawarkan 100MB dengan satu database mysql. Pada ketika itu, 100MB sudah cukup besar. Maka aktiviti blog hardyweb pun bermulalah sekitar tahun 2003 hinggalah tahun 2005. Akibat daripada sedikit masalah pada hosting tersebut. Hardyweb terpaksa mencari tempat yang baru dan percuma.

Ketika itu. kemunculan wordpress.com masih lagi baru. Tanpa berlengah lagi, hardyweb terus berpindah rumah dan memulakan semula kerja kerja memblog di tempat yang baru. Oleh kerana dia telah biasa dengan penggunaan wordpress sebelumnya, maka semua fungsi di dalam rumah baru tersebut di pelajari dengan cepat. Hasil kerja selama dua tahun dalam hosting lama ditinggalkan begitu sahaja. Pengalaman telah mendewasakan hardyweb dalam kerja kerja memblog.

WordPress.com, lagi tiga bulan, cukuplah dua tahun dia memblog di sini, selama itu juga, dia banyak bertemu dengan kawan kawan baru dari bermacam macam bentuk dan gaya penulisan. Bermacam macam gaya pemikiran dan teknik memblog dipelajarinya.

Bab 3: Komuniti Linux


Ah..hardyweb melihat pada jam di Desktop yang menggunakan aplikasi Conky, sudah pukul 10:25 pagi, tak sedar masa berjalan terlalu cepat, bak kata Abang Man ( seorang kawan dan juga seorang mentor Hardyweb ) .
Masa Terlalu Cemburi Kita.

Terpapar juga di dalam aplikasi monitoring Conky, jenis dan nama linux yang telah diinstall dalam komputer buruk itu. OshiriX. Huh. ganas betul nama distro linux tu. Semua ini adalah hasil usaha seorang kawan yang dikenali sebagai Mr Oshiri. Banyak betul ilmu yang diajar oleh Mr Oshiri nih, dari penggunaan aplikasi desktop hingga ke setting server menggunakan linux.


Iceweasel masih lagi terbuka, email telah dibalas dan berita-berita terkini juga telah dibaca dalam google reader. Cursor mouse terus digerakkan ke icon tab dalam pelungsur Iceweasel. Satu tab baru muncul di skrin, terus dimasukkan alamat satu portal komuniti linux dalam address bar ICeweasel. Tidak seperti akaun gmail yang memerlukan masa menunggu agak lama. Portal Komuniti Linux ini mengambil masa hanya 12 saat sahaja untuk dimuat dalam Iceweasel.


dengan pantas, cursor mouse terus dihalakan ke medan UserID untuk login ke akaun Portal Komuniti tersebut. “Terima kasih kerana login”, satu paparan yang menyatakan bahawa ID pengguna dan katalaluan yang dimasukkan tadi adalah betul. Portal yang menggunakan software yang bernama xoops adalah portal linux malaysia hasil inisiatif beberapa orang anak muda dari setiap pelusuk negara bagi mengembangkan ilmu linux.

Mata hardyweb tertumpu kepada berita hadapan, masih lagi berita lama, mungkin Mr Oshiri sibuk agaknya. tiada berita terkini. Cursor dilarikan lagi ke satu petak dalam portal , Forum -Topik Terkini.  Ada satu posting baru yang telah pun dibalas sebelum ini, bagus , boleh baca apa yang ditulis dan apa solusi kepada masalah yang diutarakan.

Ditutupnya tab Portal Linux tersebut setelah selesai membaca kandungannya. Oleh kerana Pc tua hardyweb mempunyai ram yang rendah. Hardyweb cuba meminimakan penggunaan aplikasi yang ada dalam sistem operasi linux tersebut. Sebolehnya, dia mahu menggunakan iceweasel sebagai platform untuk mengakses internet, menaip, bermain irc, berchit chat dalam Internet messenger. Walaupun terdapat perisian menulis seperti abiword, open office, koffice, pidgin, xchat yang boleh digunakan dalam linux tersebut. Hardyweb sebolehnya mahu menggunakan perisian online sekiranya talian streamyx berada dalam keadaan baik.


Tindakan

Informasi

5 gerakbalas-gerakbalas

30 04 2008
megat

semakin ramai mengubah haluan menggunakan linux. satu pencapaian yang menggalakkan!

kedengaran gomen pun nak ubah haluan ke linux (ubuntu), betul ker!? nampak nya marilah kita sokong linux!

2 05 2008
hardyweb

ada satu artikel dari sebolku .. dia cakap itu bergantung kepada Pak Menteri gak . kalau yang pro Bill Gates.. susah la skit .. tapi kalau yang jenis tahu akan opensource dan linux.. aku rasa senang sikit.. yang paling aku takut.. yang tak tau apa apa.. bile bill gates datang.. mula la nak tunjuk pandai ..

aku sebenarnya ingin mengubah sedikit haluan mempromosi linux dan opensource.. aku rasa novel santai cam gini ( Fully IT ) tak banyak lagi orang buat.. heh.. tapi tu la..sakit gak nak cari bahan . nak tengok fakta semua semua tu .. berbaloi atau tidak .. itu lain cerita. yang penting puas ati ..

3 05 2008
Bat

kalau koneksi internet laju, gerenti guna menda ni » http://www.g.ho.st/ huhu..

En Adi, suapan infomalaya dah tukar, ni ha http://feeds.feedburner.com/InfomalayaBlog , baru perasan kat bahagian sidebar tu..

3 05 2008
hardyweb

ok bat. dah tukar suapan.. thanks

20 05 2008
Mint

Thank you for good information~~*

Please comeback to visit my blog too : http://about-spysoftware.blogspot.com/

I’m sorry , If you think this is spam. but may i thank you again.

Bye

Tinggalkan komen