KES PENGGUNAAN NAMA URL YANG SAMA DENGAN NAMA PRODUK,SYARIKAT, WEBSITE DAN SEBAGAINYA DALAM PENULISAN ARTIKEL SESUATU BLOG –
Fakta kes:
pada 22 Okt 2007, aku ada menulis satu artikel promosi rumah rehat di kawasan aku ..14 Jun 2008, pengerusi Homestay menyatakan penggunan nama dalam url artikel aku sama dengan produk yang diusahakan dan meminta tidak menggunakan nama tersebut sewenang wenangnya. pada tarikh yang sama. aku mengubah tajuk website aku seperti yang tercatat di bawah. dan aku juga meletakkan lamanweb homestay yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dalam artikel aku untuk mengelak kekeliruan berlaku.
http://hardyw3b.wordpress.com/2007/10/22/rumah-rehat-di-telok-ketapang/
15 JUN 2008, pengerusi homestay membuat kenyatan balas seperti di perenggan 3.
==============================================
pagi nih aku terima kiriman komenta dari seseorang.. sila baca
assalammualaikum…saya merupakan pengerusi homestay teluk ketapang,,saya dapati bahawa web / blog ini memaparkan nama homestay teluk ketapang…bagi makluman tuan homestay teluk ketapang merupakan homestay yang berdaftar dengan kementerian pelancongan malaysia…jika tuan mempunyai nombor daftar homestay sila kemukakan kepada kami kerana penggunaan homestay teluk ketapang ini mendatangkan kekeliruan kepada pengguna antara homestay persendirian dengan homestay yang sebenar diharap agar tidak menggunakan nama homestay teluk ketapang sewenag-wenangnya.terima kasih
==============================================
ok ini jawapan aku ..
walaikumsalam.. cikgu azmi
adakah nama Teluk ketapang homestay telah digezetkan dalam daftar trademark ? setakat berdaftar dengan kementerian pelancongan malaysia . saya rasa tidak nampak apa apa masalah . kehadiran artikel dalam blog ini pun, bukan mendatangkan keuntungan kepada saya .. saya tidak membuat apa apa profit dalam hal ini. cuma MEMBANTU MEWAR-WARKAN tempat kita.. itu saja..
Jika nama dalam artikel tersebut sama dengan laman cikgu ..saya juga tidak mahu panjangkan cerita ini sampai ke Balai Polis atau sebagainya, sebagai solution. saya akan menukar kepada tajuk Rumah Rehat DI Teluk Ketapang.. itu pun kalau cikgu setuju.. tetapi tidak sesekali saya akan memadamkan artikel ini.
Sebagai menghargai teguran dari cikgu .. saya berbesar hati untuk meletakkan laman cikgu dalam artikel saya ini ..
sekian harap maklum
terima kasih.
Minta pandangan daripada korang semua akan hal ini ..
==============================================
UPDATE : 15 JUN 2008
Berikut adalah kenyataan balas daripada CIKGU AZMI
Assallamualaikum..tuan,terima kasih kerana membantu kami mengatasi kekeliruan pengguna dan terima kasih juga kerana mempromosikan kami.Maaf, jika teguran daripada pihak saya ini membuatkan tuan berasa hati.Kami tidak bermaksud untuk mengecilkan hati mana-mana pihak jauh sekali ingin membawa kes ini ke balai polis…Homestay Teluk Ketapang sebenarnya adalah milik semua penduduk teluk ketapang yang telah menyertai program ini.Mereka telah berkursus dan melalui pelbagai peringkat untuk mendapatkan lesen dari pihak berwajib.Kami juga sebagai badan NGO dibawah Kelab Belia MAYC Teluk Ketapang turut mempromosikan rumah-rumah rehat lain di sekitar kampung ini.Sekali lagi saya bagi pihak JK Homestay memohon maaf sekiranya terdapat mana-mana pihak yang terguris atau berasa hati dengan penyataan kami kelmarin.Kami juga mengalukanngalukan kesudian tuan untuk bersama-sama kami untuk mempromosikan tempat kita ini sebagai satu usaha Fardhu kifayah membantu masyarakat melayu dan islam di kampung
ini..terima kasih.Jemputlah kerumah jika ada kelapangan untuk kita bertukar idea.
dan dengan ini aku anggap kes ini selesai . dan aku rasa kita semua ( blogger ) patut ambil pengajaran dari situasi ini..




Apesal la cikgu tu wak gitu. Kalu orang besa yang komen aku tak kisah sangat, tapi ni cikgu yang komen. tak reti beza ke apa. lepas ni seme orang dalam dunia ni umumnya dan penduduk kg teluk ketapang khasnya doklih sebut, tulis homestay teluk ketapang. nanti kena kemukakan nombor daftar kementerian pelancongan.. HAHAHAHAHa lawak tak school betul cikgu azmi tu… aku dah masuk website dia. takder plak dia letak teluk ketapang, yang ada D’ Ketapang homestay ngan homestay ketapang.. dah la guna gambo zaman lama.. buat malu jer..
Aku rasala kan. dia ni marah sebab mun tak promote D ketapang dia kut… mun sebut umum sangat. homestay teluk ketapang yang takdok kene ngene ngan dia.. tak pon memang dia nak glamerkan Homestay dia yang orang tak kenal lagi.. hehehhee
salah aku jugok. sebab guna nama domain dia… .. lebih kurang macam tu la.. apapun kita amik pengajaran dari hal ini..
aku tlg promote ajer… maklum ajer lah. pagerank website dia baru dua.. heh.. aku dah 5 …
Patut ko yg rugi, bagi promo free kat homestay dia. Iklan kat paper charge riban2 kat tv berkali2 riban.
Efek minyak naik harga ke, banyak olang dah tak reti berfikir dengan betul.
rugi pada space.. tak apa. .. Pagerank penting….
http://blogmalaysia.com/livepagerank-5/
aku sebenarnya keliru lagi..aku tengok balik artikel yang penulis tulis dulu ,ia hanyalah sekadar tujuan mempromosi sahaja dan bukannya untuk kepentingan peribadi.bukan senang orang nak promote secara percuma.walhal penulis dan pemilik homestay berada dalam kawasan yang sama dan mungkin anak jati telok ketapang yang sama.dan penulis bukannya memberikan info atau memburuk-burukkan homestay pemilik.kalau penulisan yang macam ni pon boleh menimbulkan rasa kurang senang dihati setengah pihak, aku rasa lepas ni penulis atau orang lain tidak lagi akan membuat web promote secara percuma.
just from my opinion.no hard feeling..
orang kasi promosi free pon tak suka ke..ape da..heehhe…Dia patut ucapkan tima kasih kat ko Hardyweb sbb ko kasi promosi free kasi 1 malaysia tau kalo gi sana tau kat ner nk cari rumah rehat…
pelik jugak. apa dah jadi dunia skang ni macam-macam perangai? aku rasa dalam isu ini xde masalah berbangkit malah sepatutnya dia berterima kasih atas promo tu!
kusut kepala kot psl minyak eheh
aku fikir, dia takut Baby Project dia ( ketapang homestay )-sila refer dekat website dia… ..akan terjejas apabila aku menggunakan nama yang sama dalam artikel aku untuk promote secara umum tak kira homestay dalam jagaan dia mahupun homestay persendirian .. itu ajer yang dapat aku faham maksud dia..
lepas nih .. tentu ramai travel blogger yang tak nak tulis / promote pasal rumah rehat di sana sebab kalau nak tulis kena ada nombor daftar homestay dulu baru boleh tulis. tak mustahil akan jadi begitu ..
adi,
dia tak fhm ingat ko promote ko punya homestay teluk ketapang. Klu ko nak bukak satu jgn lupa ajak kawan2 haha. Promote je kat blog ko yg PR 5 nih , kejap jer org dtg hehe. SEO tinggi ni.
Sangat jeles aku
baca post terkini aku … pasal kuasa ..
ahaaa…. yang kusut dah disetelkan.. macam tu la baru makmur hidup…..
siap jemput gi rumah lagi… hehe.. kalau ade makan jgn lupa ajak aku skali..
huh.. bab makan .. serah kat bob..
Alaaa….. patutnya cikgu tu redha aje la… bukan memburukkan nama homestay dia pun…. nak publisiti murahan kot…. (gurau aje)
saya nak buka homestay jugak tapi xtau nak ltak nama ape lagi..
homestay saye dekat ngn kuala ibai..
letak nama sendiri ajer.. ok gak tu . heheh..