Hydrofuel

19 07 2008

menarik gak .. guna air sebagai bahan bakar.. wah bagus nih .

PAKEJ HYDROFUEL

Hydrofuel mempunyai 2 pakej.Iaitu Basic dan Advance.

1. Basic
Tanpa MySMART Fuel saver
Harga lebih kurang RM1300.
Bagi enjin karburetor.
Penjimatan sehingga 29%(Boleh ditingkatkan)

2.Advance
Lengkap dengan MySMART Fuel Saver
Harga lebih kurang RM2300
Bagi enjin suntikan “Injection
Penjimatan sehingga 50%

rujuk:

http://www.hydrofuel.com.my/

http://kereta.info/hydrofuel-2/

http://www.ngvinstaller.com/hydrofuel-malaysia-on-buletin-utama-tv3-wwwhydrofuelcommy/

http://duniatiger.blogspot.com/2007/05/hydrofuel-bukti-kebolehan-melayu-1.html

** berbaloi ke kalau nak keluar modal 1300 hinggit ? .. KIPP . tolong kira untuk setahun penggunaan ..

KOS PENGIRAAN YANG TELAH DIKIRA OLEH SAUDARA KIPP


Tindakan

Informasi

15 gerakbalas-gerakbalas

19 07 2008
Kipp

Bagi aku masa untuk mengkaji dulu penggunaan minyak petrol umat malaysia untuk setahun… baru aku boleh buat kiraan. ok.

19 07 2008
Mr.Bilik Sebelah

err… dh lepas quality test ker?

19 07 2008
Hydrofuel: Betulkah Jimat? « 3K - Kaji, Kritik, Kantoi

[...] Semasa dan Satu Kajian Tags: Kajian, Minyak, Pendapat Aku dapat permintaan dari Adi untuk buat kiraan tentang sistem Hydrofuel yang baru-baru ini dirasmikan oleh Pak Lah. Soalannya, [...]

19 07 2008
Kipp

Aku dah buat kiraan tentang ni, meh la ke blog aku.

20 07 2008
hardyweb

huhuhu.. banyak plak nak tanye soalan kat pihak yang berkenaan ..

22 07 2008
23 07 2008
bob berapi

katanya dulu menda alah ning dah jual kat syarikat china… last last masuk balik tuk jual kat sini…. kalau kerajaan betul2 nak promosi menda ning kenapa x pasang terus kat kereta proton…. pasti proton akan lebih laku daripada sebelumnya… ye laa.. sapa x nak beli kereta yang kurang pakai minyak kan…..

23 07 2008
hardyweb

orang berniaga bosss…

3 09 2008
Ahmad

Saya telah menggunakan fuel saver device dibeli terus dari kilang di Banting pada 29 June 2008 dengan harga RM399.00. Ia di katakan dapat menjimatkan penggunaan minyak sekitar 10%. Malangnya apabila ia telah dipasang di kereta saya, ia didapati sebaliknya. Saya telah menghubungi pejabat hydro fuel di Banting dan telah juga beberapa kali menghubungi Marketing Managernya EN Shahril tetapi tidak mendapat jawapan balas dari mereka.

Saya amat kecewa dengan Hydro Fuel after sales service dan berharap dengan email ini, ia mengingatkan pengurusan Hydro Fuel supaya dapat membantu saya menyelesaikan masalah saya.

14 08 2009
Jodok

Syarikat hydro fuel penipu lah… I telah beli Hydrog fuel, selepas 1 bulan lebih, barangnya tak boleh bagai. electrode sudah berkarat tak berfungsi. bila saya menghubungi mereka untuk mendapatkan wang balik, cerita lain pulak…

14 08 2009
Mak Su

Kalau produk Hydro Fuel “reliable”! kenapa syarikat proton dan syarikat2 pengeluaran kereta Jepan tidak mahu beli barang ini dan pasang dalam kereta baru mereka supaya lebih laris.. Fikirlah… gila-gila

14 08 2009
Pak Lah

Stop arguing… Hydro Fuel director copy this technology from someway, he is not the inventor. This guy malu our bumiputra. If anyone interested this similar gadget please contact me. I can get at RM80 to teach you how to produce this gadget. No need to buy from Hydro Fuel RM 2500 !! Crazy… ke..

6 10 2009
SHAHRIN

Kepada saudara Ahmad,

Terlebih dahulu saya mohon maaf di atas apa jua kesukaran yang telah dialami oleh En Ahmad sebelum ini.

Saya terpanggil untum menulis kerana nama saya disebut sebelum ini.

Sesungguhnya, “Dr” Halim bin Mohd Ali telah menghilangkan diri dan kilang HFi tempat penghasilan Hydrofuel di Bandar Sungai Mas, Banting telah pun DISITA oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Ia berlaku apabila para pengedar yang telah menandatangani dengan “Dr” Halim bin Mohd Ali memohon notis penyitaan setelah produk “HYDROFUEL” yang dijanjikan gagal disiapkan dan diedarkan walaupun wang Deposit sebagai pengedar sudah diberi. Semua kakitangan telah diberhentikan dengan lebih kurang 20 orang tidak dibayar pampasan dan 2 bulan gaji terakhir.

Apa yang boleh saya katakan, produk “MYSMART” dan “HYDROFUEL” yang “DICIPTA” oleh “Dr” Halim bin Mohd Ali boleh dicurigai keberkesanannya. Segala Sijil Pengiktirafan SIRIM dan Test Case diluar negara amat dicurigai. Begitu juga dengan Peratusan Penjimatan. “Dr” Halim bin Mohd Ali banyak kali mengelak apabila saya sendiri menanyakan segala persoalan di atas.

Oleh itu, kepada mereka yang mereka pernah melabur di dalam syarikat yang dijalankan oleh “Dr” Halim bin Mohd Ali samada melalui Jai Network, Business TIME Dinar, melalui mana-mana pengedar yang pernah menandatangani bersama “Dr” Halim bin Mohd Ali seperti Budi Gigih, Naza dan sebagainya, KALIAN MEMPUNYAI HAK UNTUK MENUNTUT PULANGAN DARIPADA “DR” HALIM BIN MOHD ALI DI ATAS SEGALA KECURIGAAN INI.

KALIAN BOLEH PERIKSA DI SIRIM SAMA ADA HYDROGEN FUEL INDUSTRIES (M) SDN BHD PERNAH MEMBUAT UJIAN BERSAMA SIRIM. JANGAN TERKEJUT DENGAN JAWAPAN YANG DIBERI.

YANG TERKINI, DR HALIM BIN MOHD ALI SUDAH MEMULAKAN EPISOD BARU …TAPI KALI INI DI KUANTAN. AWAS MASYARAKAT PANTAI TIMUR ….. PRODUK HYDROFUEL CUBA DIPASARKAN SECARA KECIL-KECILAN DAN CUBA MENARIK PELABUR / PENGEDAR BARU. SAYA NASIHATKAN AGAR KALIAN MINTA DITUNJUKKAN SEGALA DOKUMEN DAN TESTIMONIAL SEBAGAI BUKTI YANG MENGATAKAN PRODUK-PRODUK SUDAH DISAHKAN. KALAU BERANI CUBA TANYAKAN PENGESAHAN PhD YANG DITERIMA. TIADA DOLAK-DALIK. KALIAN AKAN TENGOK APA JAWAPANNYA.

SAYA BERSAMA SELURUH SAHABAT SAYA YANG PERNAH BERTUGAS DI HFi MEMOHON MAAF. KAMI JUGA TURUT TERPEDAYA.

HARAPAN KAMI HANYA SATU, TIADA LAGI MASYARAKAT DI MALAYSIA KHUSUSNYA DAN DI DUNIA AMNYA TIDAK TERPEDAYA.

SAYANGI DUIT ANDA…LABURLAH KE TEMPAT YANG KITA TAHU HALALNYA DAN KETULINANNYA.

Ahmad (07:52:01) :

Saya telah menggunakan fuel saver device dibeli terus dari kilang di Banting pada 29 June 2008 dengan harga RM399.00. Ia di katakan dapat menjimatkan penggunaan minyak sekitar 10%. Malangnya apabila ia telah dipasang di kereta saya, ia didapati sebaliknya. Saya telah menghubungi pejabat hydro fuel di Banting dan telah juga beberapa kali menghubungi Marketing Managernya EN Shahril tetapi tidak mendapat jawapan balas dari mereka.

Saya amat kecewa dengan Hydro Fuel after sales service dan berharap dengan email ini, ia mengingatkan pengurusan Hydro Fuel supaya dapat membantu saya menyelesaikan masalah saya.

6 10 2009
hardyweb

Terima kasih en Shahrin kerana memberi penjelasan terkini tentang produk ini.. dan untuk makluman en Shahrin, saya telah pun emailkan tulisan En Shahrin kepada En Ahmad.

6 10 2009
SHAHRIN

Saya mewakili rakan-rakan saya yang telah menjadi mangsa yang paling dekat “Dr” Halim bin Mohd Ali berharap agar tiada lagi mangsa penipuan. Cukuplah apa yang berlaku kepada kami, 33 pemandu teksi yang terlibat dengan program ujian produk, para pengedar dan sebagainya.

Cara yang terbaik ….sila buat laporan Polis terhadap “Dr” Halim bin Mohd Ali seandainya anda telah menjadi mangsanya.

Sekali lagi, BERHATI-HATI dengan manusia bernama “DR” HALIM BIN MOHD ALI yang kini merancang untuk “PROGRAM HYDROFUEL DI PANTAI TIMUR BERMULA DI BANDAR KUANTAN”

Salam hormat.

Tinggalkan komen