Lupus

29 07 2008

assalamualaikmu . terlebih dalulu. aku mohon maaf sebab minggu nih aku kurang buat posting.. masih kurang sihat..hari nih aku nak kongsi dua perkara

1. Dua hari lepas , kawan aku yang kerja kat mahkamah , mintak tolong aku bypass password windows satu laptop. katanya laptop tu adalah barangan lupus yang mana dahulunya ia telah dicuri dan menjadi bahan bukti polis. oleh kerana polis tidak dapat mengakses laptop tu. maka ia di hantar ke mahkamah untuk dibuat barang lupusan ( sila betulkan aku, kalau kawan aku baca benda nih, sebab aku pun kurang arif jugok hal hal barang barang lupus mahkamah ngan polis nih )  .  apabila aku bypass password laptop tu menggunakan tools yang aku download dari internet. . aku lihat banyak dokument syarikat dan pelbagai maklumat sulit lain yang ada dalam laptop tu .. termasuklah ic tuan punye laptop yang telah di scan..

so aku tak berani nak pegang laptop tu lama lama. keesokkan harinya . aku suruh member aku amik laptop tu . aku suruh dia tengok sendiri maklumat dalam tu.. dia call aku malam tadi , dia cakap .” oooo aku faham kenapa mung malas nok pengang laptop tu lama lama..” .. aku cakap .. ” Tau tak pe, tuan punye laptop tu baik orangnya, dan seperti aku cakap kat mung lah, better mung convince tuan hakim supaya haktuan punye laptop tu dikembalikan mengikut budi bicara beliau.  gambar first baby dia ada dalam tu . tu yang aku rasa patut dikembalikan kepada tuan asal tu . ” ..

adapun barangan lupus nih agak sulit untuk dikembalikan ( sila betulkan aku  kalau aku silap tafsir ) .. aku harap, data data penting dalam laptop tersebut dapat dikembalikan kepada tuan asal laptop tu .. hak orang tetap hak orang .. bukan hak kita.

** aku rasa macam buat kerja CSI la plak . hahahha..

2.  Dalam perbincangan pasal hydrofuel yang lepas dalam blog kipp, aku terperasan ada sorang komentar menulis berkenaan dengan satu alternatif lain . menggunakan megnatik yang dipasang pada wayar minyak berdekatan dengan karburator. sila lihat produk ini di laman

www.Neo-Dymium.com

so aku amik keputusan untuk membeli produk ini bulan depan. heh. kongsi ngan kawan .. benda nih boleh dibeli sebijik dua. tapi harga dia mahal skit. baik aku beli satu set .. RM 250 ajer… btw . aku dah call pengusaha bendalalah nih . aku tanya dia pasal kos penghantaran. dia cakap.. kos penghantaran ditanggung oleh syarikat dia..  aku cakap.  berbaloi la 250 hinggit tu . heheh.boleh dipasang di kereta, motosikal, tong gas masak .

aku royak ajer kat mung semua.. mung nak beli ke tak nak terpulang. tapi kos dia lebih murah dari hydrofuel heheh..


Tindakan

Informasi

5 gerakbalas-gerakbalas

29 07 2008
chang

salam..
aku skarang gune produk penjimatan minyak yg berasaskan minyak juge…harge rm 60 jer. nok tgh produk tu boleh gi ke laman web ni http://www.rebetminyak.com/fakhri. aku pkai doh produk ni…org kate mmg memberangsangkan. hasil yg aku dapat setakat ni rm 20 utk 5 hari berbanding dulu rm 20 utk 2 hari…. enjin lebih senyap,senang hidup….puas hati lah gune

29 07 2008
adi

ada side efek dok kat engine ? .. mung pakai kete kancil ke nape?

29 07 2008
bob berapi

ader berita baik untuk semua….
adik bob kat UTM sedang buat study kete guna air…
x lama lagi dia nak balik amik kancil buruk bob untuk dijadikan bahan
eksperimen…. huhuhu….
marila kita sama2 doakan agar eksperimennye berjaya…
dipercayai dapat jimat minyak 20% ke atas….

29 07 2008
adi

tak payah pakai petrol terus ke bob ? ..

29 07 2008
bob berapi

masih pakai minyak… cuma injek air dlm enjin… x perlu tukar kpd H2 & O2…
pakai alat yg dia reka… jadi doh.. cuma nak test side effect keatas enjin…
kalau jem enjin tu, leh la masuk Mira turbo pulok… hehehe…

p/s: dapat hidayah sket ari ng cara nak settle problem… nantikan update…

Tinggalkan komen