KWSP GOLD ?

9 08 2008

Ini adalah Karangan untuk Peraduan “Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas” anjuran Hasbullah Pit

aku dah lama mempunyai akaun e-gold, aku cipta [create] akaun e-gold nih sejak dari tahun 2003 lagi, kalau tak silap lah[ingat-ingat lupa], waktu dulu, harga emas murah, tetapi sekarang ia telah melonjak tinggi. Melalui pengalaman aku dengan e-gold ini, maka aku nampak apa yang bro Sebol gembar gemburkan, dan aku nampak apa faedahnya, pengeluaran wang KWSP untuk membeli emas.

Aku melihat cadangan untuk membeli emas melalui akaun KWSP merupakan suatu pelaburan yang tinggi. Aku amat berharap agar cadangan pengeluaran KWSP untuk membeli emas dapat dinilai dan dibuat segera.

Atas alasan apa ? mari kita tengok kadar emas dari tahun ke tahun. sila rujuk carta di bawah. ini adalah graf harga emas mengikut dolar amerika per ounce yang diambil dari tahun 2000 hingga 2008. Cuba perhatikan pergerakannya adalah menaik setiap tahun.

Untuk lain lain carta logam, sila rujuk laman http://www.kitco.com/charts bagi mengetahui sejarah harga pasaran emas dan logam berharga yang lain.

Kalau dengan kaedah pelaburan KWSP yang ada sekarang ini, berapa sen sangatlah yang kita dapat setiap tahun ? berapa peratus ? sikit sangat. Jadi, jika kita DIPERBOLEHKAN untuk membeli emas hasil dari wang keluaran KWSP dan emas itu DIPERAM dulu sehingga umor kita capai 55 tahun, baru lah kita boleh ambil EMAS KWSP tu.Jika kita beli emas tersebut contohnya Rm 120 per gram. Mungkin 10 tahun atau 20 tahun akan datang kita akan dapat RM 500 per gram.

Kerajaan pun dapat untung berlipat kali ganda dengan hasil cukai / zakat yang dikenakan kepada pembeli emas dari KWSP.

* P/S: harga emas dan logam berharga kekal, tetapi harga Nota Janji ( duit/ ringgit/ dollar/ ) akan naik atau jatuh bila bila masa. Mungkin tahun depan Penyangak Matawang akan membuat serangan sepertimana tahun 1997 yang lalu maka jika kita mempunyai simpanan emas, kita tidak perlu berasa cemas lagi.

baca lain lain artikel berkaitan dengan emas kwsp

  1. demi incik sebol…… – Sishoney
  2. Emas, emas dan emas – ASAL
  3. Simpanan Hari Tua Anda – GARAM (secukup rasa)
  4. Emas,KWSP & Encik Hasbul.+PsyChoMaTix+
  5. encik hasbullah yang hensem – JeBorn
  6. KWSP GOLD ?- HardyWeb
  7. Withdrawing KWSP to buy gold ?- |1f34|-|1r3
  8. Pelaburan Emas VS Pelaburan ASB – Afham
  9. PELABURAN EMAS lwn PELABURAN KONVENSIONAL Naim Jalil
  10. Emas Bernilai 1 JUTA RINGGIT?? Dookie (mp3syok)
  11. Emas Tempayan – Jie (Hidup Biar Sedap)
  12. Simpanan Hari Tua Anda | Emas KWSP Abd Fatah


Tindakan

Informasi

9 gerakbalas-gerakbalas

11 08 2008
Wahdaz

Bro, nak tanya ni.
Kalau kita beli emas sebagai simpanan, emas tu nak
simpan kat mana? Ke bank akan simpankan untuk kita.
Macam dinar kelantan, kalau kita beli dinar tu (emas)
kita kena simpan sendiri ke? Lagi berisiko nanti.

Tu je yang aku kompius ni…

11 08 2008
hardyweb

ok macam nih .pada pandangan aku la, ada dua kaedah kalau nak beli emas nih ..

1. Ko beli sendiri emas tu . ko simpan . tapi cara nih bagi mereka yang ada peti besi kat umah . ok la kut. tapi zakat/cukai tahunan ko kena kira dan bayar sendiri.

2. emas di simpan oleh organisasi tertentu.. yang kita pegang . hanyalah buku simpanan sahaja.. dengan cara ini organisasi tersebut akan menguruskan segala perihal emas seperti zakat atau cukai tahunan bagi emas dalam akaun kita. kita tak payah pening kepala..

11 08 2008
Hasbullah Pit

kalau KWSP belikn emas untuk kita, KWSP lah simpan.

11 08 2008
adi

dalam prihal KWSP tu .. saya setuju dengan bro sebol

21 08 2008
Simpanan Hari Tua Anda Untuk Emas KWSP

[...] KWSP GOLD ?- HardyWeb [...]

1 12 2008
othet

salam bro…kat kwsp ader disediakan ker akaun nie..?atau kiter kener uruskan sendiri pengeluaran wang nie..

1 12 2008
adi

benda nih sebenarnya cadangan dari rakyat ajer… KWSP tak pernah buat pun emas emas nih .. cadangan sahaja..

3 12 2008
othet

ic..saya setuju dgn cadangan nie…

17 12 2009
Zam

Assalamualaikum,

Aku pun tengah tunggu cadangan ini menjadi kenyataaan.Dari kita bawa keluar duit lepas tu invest dekat unit amanah lebih baik invest dekat gold.Risiko untuk hilang wang pelaburan boleh dikatakan tiada kerana faktor gold tadi.Kalau nak harap dividen dari KWSP jenuh la.Nak lepas 5% pun penat.Yang hairan dana pelaburan banyak.Tapi kenapa sikit sangat yang kita dapat.Jika invest dalam gold sudah tentu nilainya akan terus meningkat saban hari.Cuba bayangkan jika di invest selama 20 ke 30 tahun ??.Sama -sama kita usaha untuk naikan cadangan ini ke peringkat tetinggi…kalau boleh bawa di bincang dalam parlimen lagi baguih…

Jom kita berusaha untuk kebaikan pelaburan kita yang lebih baik..

Tinggalkan komen