Semalam, aku ke Seminar Opensource di Wisma Darul Iman atas tiket seorang kawan, walaupun seminar tersebut khas untuk sektor awam namun, itu tidak menghalang aku untuk turut serta dalam aktiviti yang dianjurkan oleh MAMPU -OSCC dan kerajaan negeri.
Semasa pendaftaran pagi tu, ramai gak otai komputer Negeri Terengganu yang aku jumpa, dari UDM ( KUSZA ), aku dikenalkan dengan bro Kerengga oleh member aku. Hah first time jumpe ngan bro Kerengga tapi dalam dunia online, macam dah kenal lama heh.. Siap bawak macOS tu. Dari UMT, ada gak kelibat kelibat orang IT nya. Cuma aku tak jumpe tok guru network aku, mungkin ada hal kut. Tuan rumah ( UPMN ) macam biasalah, En Aidil dari jauh tersenyum lebar bile lihat kelibat aku dengan member aku depan pintu dewan, aku dipersilakan masuk dan amik tempat dalam dewan.
Otai-otai OSCC yang turun antaranya En Haris ( Linuxmalaysia ) dan En Khairul ( otai Plone ) yang turut menjadi jurucakap beberapa sesi dalam seminar tersebut. 
Dalam perjumpaan ini, aku turut bertemu buat pertamakalinya dengan salah seorang blogger linux malaysia iaitu Zul (melayubuntu.blogspot.com [sila baca catatan beliau berkaitan dengan saminar] [ pertemuan yang telah di atur sebelum ini dalam dunia maya] ). Zul agak lewat datang, ada hal katanya. Kami sempat sembang-sembang berkenalan masa time rehat pukul 10 pagi ( Japan mari budak Zul nih, jangan memain, aku nak blajar khatakana bleh ?- ) .Selepas minum pagi, aku ambil peluang melawat booth booth yang dibuka diluar dewan.
Tengahari tu, aku dengan member ke hospital melawat sorang lagi member aku yang kena tahan di wad hampir seminggu yang lalu. Oleh kerana aku tak jumpe si zul, so aku bergegas ke hospital sebab nak kejar masa. Zul call aku waktu makan tengah hari di Wisma Darul Iman, aku bagi tau dia, aku melawat kawan aku kat hospital. Dia kemudianya msg aku kembali, yang dia kena tinggalkan seminar sebab ada hal lain.
Petang tu, Kerajaan Negeri bersama MAMPU serta Kementerian Pendidikan melancarkan POC OpenOffice.org di Sekolah Sekolah Terengganu.
Sebelum majlis berakhir, UPMN telah menerima pengiktirafan ISO serta memenangi beberapa anugerah Kajian Kes Implimentasi OSS( zon timur). Tersenyum lebar lah MB Ahmad Said. Baguslah. Tapi website tu, aku rasa kena kaji balik la.. terlalu berat untuk di akses. Tak pe, nanti aku hantar komen dalam Bank Idea Terengganu. Jangan risau.
P/S: Aku harap, dalam masa dua tahun akan datang, semua pelajar sekolah dah tau guna fail berformat ODF.




bro, gambar sapa sebelah kiri tu?, dia la orang sama bagi talk seminar open source kat tempat aku kije tempoh hari, lupa nama dia, siap bg cd ubuntu lagi kalau tanya soalan..kalau tak silap, orang MAMPU..
yang ada misai tu en haris.. yang tak de misai tu en khairu
Bukan orang MAMPU. Orang komuniti FOSS yang kerja sementara di OSCC.
Sebab tu instead of benda-benda macam jumbo pen, kita guna budget untuk print CD Ubuntu
ahahaha…adi, aku lupa nk bergambar ngn ko..
len kali lah…heheh..ko dok dekat je pun..wahaha
hmmmm … jgn confuse ek kaeru ngn khairul …. n khairul dgn khairil
….
x de rezeki betul … nak hadir event tersebut .. tp ade handover meeting
… maybe next2 event …
apa apa ajer lew…
ada sesapa peminat drupal ?
http://software.krimnet.com/mysql/internet-intelligence-data-application-i-ida.htm
entah . tak de kut. kita tak la pandai sgt pun seperti mana orang orang krimnet..