Bagaimana gambar sulit anda terlepas ke tangan orang lain

Masih ingatkah kawan kawan pada artikel aku sebelum ini tentang proses recovery yang menggunakan tool tertentu untuk mendapatkan balik file yang dipadamkan secara tidak sengaja?kalau tidak. sila rujuk kat sini dulu[ Recovery ]

Semalam aku guna balik tool nih untuk recover memory kad, microSD 1 gigabyte anak jiran aku yang duk depan rumah aku, dia terformat semua data data dari microSD tu dalam hamphonenya yang baru dibelinya, pakai pun tak sampai seminggu. 

Aku ambil masa 20 minit untuk recover semua file dari memory kad tersebut. PC pentium III . slow skit la. Aku dapati, ada dua tiga keping file ehem ehem, bila aku tanya anak jiran aku tu, dia cakap tu bukan file dia. Ini menunjukkan bahawa memory kad tu sudah digunakan sebelumnya. maknanya, masa dia beli tu phone tu, pekedai beri dia memory kad yang dah tak de DARA lagi .. huhuhu. 

Huh, aku pun terfikir, gini lah cara bagaimana gambar gambar artis [yang ehem ehem atau tak ] terlepas tanpa kebenaran mereka. 

Yang best pasal photorec nih.

1. Bleh recover balik file yang hilang. [ Sila rujuk format format file yang boleh direcover oleh photorec]

2.korang bleh tahu sama ada  harddisk, pendrive atau sdcard yang baru dibeli tersebut pernah digunakan atau tidak. Biasanya kalau anda beli telephone baru, pekedai akan bagi kad memory percuma. 

Yang tak best [ Part yang perlu diberi perhatian oleh kawan kawan sekalian,yang nombor 2]

1. Semua file yang diselamatkan akan dinamakan atau ditandakan dengan suatu nama lain. so kalau kawan kawan ada 5000 file yang direcover.. sendiri mau ingat la.. hahahha.. sakit nak cari satu satu .. 

2. Kalau handphone korang rosak, atau memory kad, atau hard disk korang rosak, korang tak tau bagaimana untuk baiki, lalu hantar ke kedai hamphone atau kedai komputer.. mungkin korang rasa file/gambar sulit yang ada dalam tu telah pun dibuang / delete sebelumnya. Akan tetapi dengan program di atas, semua file yang telah dibuang/delete dapat dikembalikan kepada asal. 

3. Walaupun korang dah buang memory kad, lalu hantar hamphone atau kamera korang untuk di baiki, perlu diingatkan bahawa dalam hamphone atau kamera tu juga ada memory . mungkin dalam 60MB, mungkin suatu masa dulu, korang pernah amik gambar tertentu lalu menyimpannya dalam memory hamphone atau kamera. 

kesimpulan

Jadi, aku di sini hanya dapat memberi tahu kawan kawan semua supaya berhati hati jika mahu menyimpan data atau mengambil gambar yang korang rasa korang tak nak kongsi dengan orang lain contohnya kaum perempuan dan Muslimah yang ambik gambar dalam bilik tanpa tudung hanya untuk koleksi peribadi atau yang amik gambar hanya berbaju bek bek [ baju tidor],diharap lebih berhati hati dalam hal ini. 

Jika korang tak tau bagaimana nak recover file dari memory kad yang rosak atau terformat, hantarlah kepada orang yang korang percayai. 

* Aku perlukan pendapat korang, adakah patut aku menyediakan tutorial penggunaan photorec nih. niat aku hanya untuk memberi sedikit pengetahuan kepada kawan kawan untuk blajar cara nak  recover sendiri memory kad mereka sekiranya situasi di atas berlaku? .. tapi aku takut pulak ilmu yang aku beri nanti di salah gunakan oleh mereka mereka yang tidak bertanggungjawab.

http://www.ilmuit.com/tutorial/518
About these ads

About hardyweb

Name : Adi Location : K Terengganu Occupation : Computer
This entry was posted in Umum and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

36 Responses to Bagaimana gambar sulit anda terlepas ke tangan orang lain

  1. KNB says:

    Ilmu kena kongsi, Bro.
    Soal orang salah guna, that’s not your liability anymore. Hehe.

    p/s: Aku pun ada gambar ‘ehem-ehem’. Haha.

  2. melayubuntu says:

    hohoho… satu benda yg menarik bg tujuan foreksik data..
    haha…kasi la tutorial 2 bro…aku berminat beb…hehe

  3. adi says:

    aku baru siapkan tutorial dia kat http://mambang.org.my..

    itu untuk linux.. dan nanti malam aku nak siapkan untuk pengguna windows plak.. benda sama ajer… cuma takut pengguna windows ralat plak nanti..

  4. wariola says:

    aku setuju. buat je tutorial tu. melayubuntu nk buat bisnes recover gambar nnt senang.. kekeke

  5. KageSenshi says:

    just read the f manual :P

  6. adi says:

    kagesenshi.. bagi Pengguna g33t atau 1337 macam tuan. ok lah.. kalau pengguna yang tak tau apa apa kemahiran IT nya basic saja. maka tutorial diperlukan ..

  7. delang says:

    aku ade satu hard disk rosak, kot2 ade sape2 leh tolong baiki ok gak

  8. adi says:

    @Delang: pastikan motherboad detect lagi hard disk tu ..

    http://www.cgsecurity.org/wiki/TestDisk_Livecd

  9. Aleeya says:

    buat jer saya sokokng ajer

  10. bob berapi says:

    hmmm…. pernah guna soft lain tuk recover sd card tapi gambo kuar separuh jer…
    prog ning memang leh dapat 100% ke bro…. (hehehe.. tanduk dah tumbuh) :-)

  11. adi says:

    daripada apa yang aku baca la.. asal jangan ko tindih tempat yang sama ( alamat dalam memory tu ) dengan file lain.. jangan overwrite.. kalau dah overwrite .mungkin dapat separuh ajer.. atau tak dapat langsung.

  12. adi says:

    Ok aku dah upload tutorial kat sini . korang bleh dowload dan print

    http://www.ilmuit.com/tutorial/518

  13. imardy says:

    Salam bro…
    Nak tanya sikit… Kalau file yang bukan diformat tetapi virus telah hidden kan file tu.. Boleh tak kita dapatkan kembali file tersebut? Dan sekiranya kita telah scan file tersebut dengan antivirus, dan dipadam. Boleh dapat kembali ke file tersebut?
    Harap dapat membantu…
    Terima kasih.

  14. adi says:

    terus terang aku cakap ko imardy, aku tak pernah kena situasi macam ko tu . tapi rasanya ko boleh try la dapatkan balik file tersebut guna photorec. pastu bagi tau kat kawan kawan kita kat sini hasilnya..

  15. hantu says:

    aku nk tau gak..bole x file tu delete utk selama2nye…kalo recover pki software ni pun xjumpe

  16. arejae says:

    nak tolong jawab utk @hantu: boleh. cuba google “delete permanently”

  17. adi says:

    @arejae: Terimas..

  18. hantu says:

    tank u sume

  19. abdusfauzi says:

    hehehe.. idea ni.. idea.. nice.. :P

  20. hardyweb says:

    @fauzi: macam ada niat nak buat jahat ajer… ? jgan salahgunakan ilmu .. heheh.

  21. alzikr says:

    yes. i really agree with KNB. all of us have sister, mother, and wife. so, how do we feel if their ‘personal pictures’ fly among irresponsible person?..nauzubiLlahiminzalik.

  22. munah says:

    tak de per nak komen o.k je

  23. salman says:

    nak tanya kalau nak padam lak camana ya?.. fail yang kita da lama delete tapi masih tersimpan tu?.. software apa yang berkesan..?

  24. adi says:

    biasanya kalau nak delete permanently .. guna eraser

    http://www.hongkiat.com/blog/how-to-delete-erase-sensitive-files-permanently/

    kalau ada file-file lama yang telah di buang sebelumnya.. tapi mungkin boleh ditrace lagi .. aku fikir, baik buat low level format ajer..

  25. MakLaN says:

    Sebagai tambahan utk pengguna gnu/linux, kalau malas sangat nak nak taip command utk run testdisk n photorec, (./) gunakan fungsi drag n drop.

    1. Bukak terminal
    2. Drag fail execute (testdisk_static atau photorec_static) ke terminal
    3. Tekan Enter dan bolehlah digunakan macam biasa

  26. rizal says:

    asmkm
    aku ada gambar sendiri yg ‘ehem’ camner cara nak delete supaya sapa2 tak bleh recover balik nanti antar kedai stu msia tau aku ..
    aku dah delete kat kamera tue tapi takut gak karang punah hidup aku
    lagi pun ni gambar aku sendiri
    kalau kita ambik gambar pakai kamera digital ni gambar save kat memory kad
    saja atau ada gak save dalam kamera cam maaner nak tau klau ada gambar dalam kamera

  27. hardyweb says:

    kamera ko ada usb support kan.. bleh jadi thumdrive mode kan .. try la tengok kut kut ada gambar ehem ehem ko yang masih tertinggal dalam memory kamera tu ..

  28. adi says:

    Assalamualaikum Nadia

    Handset ada dua memori kad [ handset mahal ] , satu yang terbina dalam handset tu sendiri , dan satu lagi memori kad tambahan yang biasa kita lihat .. kad SD kecil tu .. ia bergantung kepada anda yang set memori kad mana yang akan digunakan semasa gambar di ambil . kad memori external [ SD kad ],

    Apa yang saya bimbangkan, jika pengguna set default tempat save gambar kamera di dalam Memori build in . maka gambar akan disimpan di dalam memori build in .. jika ada kable usb .. dan dapat detect memori build in melalui komputer .. kita still boleh cari gambargambar yang disimpan di dalam memori tersebut walaupun gambar telah dipadamkan.

    Lebih mengerunkan lagi, jika memori kad external anda jatuh ke tangan orang lain. contohnya handset di curi atau sebagainya.. memori kad external [ micro sd] yang dibuang dari handphone boleh dibaca menggunakan komputer biasa melalui pembaca memori kad. banyak dijual di kedai kedai.

    jadi sila berhati hati dengan telefon anda .. jaga elok elok . dan jangan amik gambar yang nadia rasa tidak mahu kongsi dengan orang lain ..

  29. fenin says:

    ak pening bace sume nieh @_@ bkn bdk iT so lmbt sket bab2 iT nie..adei~~

    • hardyweb says:

      ak tu stand for what ? .. aku ? .. di sini tiada orang faham bahasa SMS anda .. hahahaha..

      • hafiz says:

        Nak mintak tolong.. memori kad tak boleh baca tukar kat hp laen pun tak boleh jugak.. rasa memori dh rosak.. macam mana nak copy file2 yang dalam memori kad? Saya tak pandai bab2 ni..

  30. a says:

    Salam. Mcm mana nak hpuskn sehapus2nya sgala data kat hard disk komputer..sbbnya komputer tu akn berpindh tuan..trmksih atas jwpnnya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s