Adakah Aku Obses Kepada Internet ?

20 11 2008

Ahhh .. kalau ada 25 jam sehari, mahu rasanya aku on pc nih tak tutup sampai komputer aku meletup.. Setiap berita baru dari langganan RSS sentiasa aku semak, setiap masa.. setiap detik. email juga begitu.. bahkan, aku letak wiget YM dan Twitter dalam gmail aku .

Hari tu,seminggu aku berkursus, hari-hari aku teringatkan email aku, setiap detik aku teringatkan RSS aku. cyber cafe ada dekat sana. tapi masa terlalu terhad. aku tak boleh buat apa-apa.. Sampaikan,setelah selesai kursus, setelah sampai ke pejabat. aku tidak dibenarkan masuk ke pejabat.. Second Bos aku cakap, aku kena balik dulu .. jumpa bini aku dulu . muhahah,sebab dia tau. kalau aku masuk office.. benda pertama yang aku buat ialah akses ke Internet..

Nasib baik la kat rumah tak de akses internet.. kalau tak,maut la jawabnya, tentunya pc aku kena buang ke luar melalui tingkap oleh bini aku.. wahahhaha.. tapi apa yang aku nak tulis untuk blog, kekadang tu aku siap siaga awal awal lagi.. tulis dalam buku nota kecil dulu supaya esok hari, aku tak lupa apa yang perlu aku tulis, Bini aku punya idea, dia tak nak aku main komputer kat umah, dia letak pc aku kat sebelah tv.. jadi aku nak main komputer tak leh la.. sebab bila bini aku nak tengok tv. tak leh buka komputer, nanti siaran tv tu jadi haru biru.. hampeh tul.


Tindakan

Informasi

10 gerakbalas-gerakbalas

22 11 2008
syaza

Haha.. seksanya idup kau wahai kawan.

22 11 2008
Admin

kalau addict sgt ngn internet sampai tak ambil pusing bebende sekeliling susah gak. senang citer ade ilmu tapi kedekut nak kongsi dengan orang lain. Uuu… mintak jauh..

22 11 2008
Bat

Sampai macam tu sekali, huhu..Tapi ok gak tu en Adi, internet ni memang parah kalau dah ketagih(macam aku sekarang), huhuhu..

22 11 2008
hardyweb

@syaza : nanti kalau ko nak berbini. cari la budak komputer. kalau non-it nih susah skit nak paham kerja kita.

@admin: itu la pasal, kalau kuala terengganu banjir la ni, aku pun tak tau . kecuali kalau ada berita dalam blog kawan kawan . muhahaha.

@bat : kalau ko nak berbini, cari budak komputer gak.. huhuhu… biar dapur tak berasap.. sebab dua dua asyik main internet.. muahhaha.

22 11 2008
tty0008

aku pong menhadapi sindrom ketagihan internet… padahal aku xde wat mende pong…
bro adi.. apsal kat sini mung cakap key ell.. smlm mung ckp ganu.. aku dok pahang boh.. hehehe.. pelang2 kawang blajo boh.. huhu

22 11 2008
adi

Dalam blog nih, ramai orang luar, jadi nak tak nak, kena tulis dalam gaya bahasa yang mudah difahami oleh semua orang..

ingat nak cakap KL gak semalam tapi lidah aku dah tak leh cakap KL la. dah lapan tahun tinggalkan KL. tak reti la nak cakap KL..serius.

lagipun kalau ganu jumpa ganu. seseorang itu diharamkan sama skali cakap KL. muahhaha. tak caya. tanya bos izwan. tak pe. pelan pelan la blajar bahasa ibunda . ko kan beranak kat ganu. heheheh.. kira anak jati terengganu la.. tak faham . tanya.. jangan malu malu..

23 11 2008
jani

pakai astro, sure tv boleh tgk walaupun guna pc.. wakakka

23 11 2008
hardyweb

@jani: bulan-bulan untuk astro. ko tlg bayar utk aku . ok gak tu . heheheh

23 11 2008
jani

aku amik pakej hok muroh skali, 34.95…

23 11 2008
gerektua

fuuh addict sungguh, dh mcm housemate aku jer… gila main online game…

Tinggalkan komen