Assalamualaikum
( Catatan ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri sebagai seorang pengguna perisian sumber terbuka )
Nampaknya masih ramai lagi yang kurang faham tentang penggunaan lesen aplikasi sumber terbuka. Adakah anda tidak baca lesen GPL, LGPL, MIT atau sebagainya yang dibekalkan bersama-sama dengan aplikasi tersebut? Walaupun perisian tersebut percuma, namun ia tetap mempunyai lesen yang mana di dalamnya ada peraturan-peraturan khusus untuk perisian tersebut.
Ambil saja contoh mudah, jika anda menggunakan perisian CMS untuk portal anda yang berjenama JOOMLA, anda tidak boleh sewenang-wenangnya meletakkan hak cipta terpelihara pada laman tersebut. Adakah perisian Joomla itu, anda yang bangunkan? Sudah semestinya tidak, bukan?. Jadi sila faham betul-betul akan kandungan lesen yang dibekalkan bersama-sama dengan perisian sumber terbuka.
Sekurang-kurangnya berilah kredit kepada pembangun perisian tersebut yang bersusah payah untuk menyediakan satu aplikasi yang memudahkan anda untuk mengendalikan sebuah portal atau sebagainya. Lainlah jika perisian tersebut, anda sendiri yang bangunkan, maka anda boleh meletakkan Hak Cipta Terpelihara pada perisian anda.
Anda masih lagi boleh melindungi isi kandungan yang anda bangunkan seperti artikel, tutorial, plug-in dan sebagainya dengan meletakkan lesen -lesen tertentu. Tetapi kaedahnya adalah sama.Berikan Kredit kepada pembangun perisan (CMS atau produk lain) dan nyatakan bahawa segala kandungan yang anda bangunkan menggunakan produk tersebut adalah dilindungi oleh lesen sekian-sekian. Contoh lesen selain Copy Right Reserved yang boleh digunapakai untuk melindungi kandungan karya anda ( artikel, jurnal, tutorial, gambar [ yang bukan berbentuk perisian ] ) adalah dengan menggunakan Creative Commons.
Apakah perasaan anda jika sekiranya anda sebagai seorang pembangun aplikasi sumber terbuka dengan berpaksikan kepada lesen GPL, tiba-tiba seorang yang lain menggunakan aplikasi anda dan menukarkan lesen perisian tersebut kepada Copy Right Reserved ?
Artikel ini berlesenkan Creative Commons



Salam boh.. tumpang tanya skit, kawang nie baru2 berkenalan dengan open source spt ubuntu, open office dan yang sewaktu denganya. tapi masalahnya banyok benda gok hok kawang tak beberapa tahu.
boh, launchpad tu gape?
sekian terima kasih
boleh baca kat sini
https://launchpad.net/+tour/branch-hosting-tracking
http://en.wikipedia.org/wiki/Launchpad_(website)
Agaknya dah terbiasa klik ‘Next’ sampai habis, tu pasal tak pernah nampak lesen tu…
biasanya begitulah..