YB Razif : E-book Project

4 07 2009

Assalamualaikum

Apabila membaca pelbagai reaksi positif dan negatif tentang projek ini, sila rujuk URL yang disediakan di bawah.

1. Ani Nadila

2. Ustaz Zakaria Dagang

3. Alamakademik

Maka tibalah giliran aku pula yang mahu bersuara. Ini adalah pandangan peribadi aku.

Satu usaha yang baik, kesian jugok bila tengok adik adik yang bawok buku text banyok banyok.. buku latihan lagi. Budak budak kita lebih celik IT dan berpengetahuan.  Kita biasa lihat iklan astro, sorang kanak-kanak yang tahu macam macam selepas lihat dokumentari dari langganan Astro . seperti burung unta otaknya kecik.. dll.  kita nak adik-adik kita jadi seperti itu. mereka boleh baca bahan tambahan dari wikipedia dan sebagainya.

Untuk pengetahuan semua, e-book ini  dilengkapi dengan wifi. Jadi, sudah tentu mereka dapat mengakses Internet di mana jua selagi ada rangkaian wifi berdekatan dengan mereka. Kebimbangan aku tentang hal download mendownload telah pun terjadi. Jangan ambil mudah tentang hal-hal negatif yang berlaku dan yang bakal berlaku ke atas adik-adik kita ini. Apabila sebut sahaja laptop, maka pelbagai jenis program boleh disumbat ke dalamnya.

Khabarnya, adik-adik yang baru dapat laptop ini sukar memberi tumpuan dalam kelas kerana asyik dengar musik. Cadangan aku, kita letakkan meja cikgu di bahagian belakang kelas, supaya cikgu dapat memerhati gelagat anak murid mereka. Jika laptop tersebut disambung dengan UTP cable, dan di sambung terus ke komputer guru. boleh juga dipasang perisian pengawal seperti http://sourceforge.net/projects/teachercp/ dan http://italc.sourceforge.net/home.php.

Kalau di sekolah aku tak rungsing sangat tentang aktiviti penggunaan laptop ini, sebab pihak sekolah boleh bubuh dansgurdian sebijik ke.. atau iptable . boleh kawal apa jua maklumat keluar masuk di Internet. Tetapi apabila di rumah, bagi mereka yang ada akses Internet.  Pelbagai perkara yang mereka boleh buat. termasuklah memblog dan bersosial. Kesan negatifnya.. mereka tak BELAJAR dan tak buat kerja rumah. Aku nak tanya kat cikgu Razif, selain download lagu, apa lagi yang patut diharamkan untuk adik-adik ini. ? web sosial ( facebook, friendster dll ), blogging dan chatting ? .

Ohh ya, aku belum sentuh lagi pasal buku teks yang diubah ke format pdf. Maklumat ini aku dapat dari kawan aku. Sepanjang pengalaman aku bergelumang dalam dunia IT nih, sedap baca buku hard copy gok gane gane pun.. Doh la skrin laptop tu kecik, juling mata budok budok tu kalau baca buku teks dalam bentuk pdf file .. ini pandangan peribadi la..

Sharing is caring, budak budak zaman sekarang waima budak skolah rendah dah pakai handphone yang canggih manggih. kalah orang yang dah berkerjaya.. jika laptop tersebut ada USB port atau apa saja port yang boleh digunakan untuk share data dari handphone.. hahahha.. bukan sahaja lagu.. media lain pun turut boleh dikongsi bersama rakan-rakan.. Tolong fikirkan bagaimana cara untuk atasi masalah ini wahai EIO yang bakal dilantik.

Para pegawai Maklumat yang bakal dilantik, pada aku, mestilah bijak dan berpengetahuan luas dalam hal-hal ilmu IT [ dalam konteks Art of Deception ] . Anda perlu menyelami pemikiran adik-adik ini, supaya setiap tindakan mereka yang terarah kepada perkara negatif, anda boleh tanggani dengan berkesan. Yang aku takut dan bimbang, deme padang kene kecek di budok budok ajer..  budok budok pandai blogging.. guna Google Chrome mode Incognito,  deme duk guna IE lagi. Deme duk cari file mp3.. budak budak guna format audio lain yang disorokkan atau ditukar format filenya… budak budak still boleh dengar muzik.

kalau aku nak tulis kat sini banyak banyak pun . sampai esok pun tak abis. itu tak cerita lagi pasal Laptop rosak, laptop kena virus, berapa charge baikpulih. siapa yang tanggung kos etc.

Aku setakat boleh bagi beberapa cadangan dan langkah berjaga-jaga  ajer..  Ikut suka korang lah.. jangan sampai pelajaran adik-adik aku rosak merudum udah lah..

update:

1.laptop yang digunakan [ mungkin guna OS Windows ]

2. Gambar laptop, Spesifikasi mungkin berubah.

3. YB Razif dengan Classmate PC – pre install windows.

4. Berdasarkan gambar, deme guna second generation

Classmate pc


Tindakan

Informasi

2 gerakbalas-gerakbalas

5 07 2009
networkfive

Memang setuju pasal berkaitan dengan wifi e-book nie…banyak la masalah bila bawa balik kerumah memang parent guide tu perlu dititik beratkan. selain masalah download music dan saiz pendrive sehingga 32Gb boleh simpan mcm. spec ebook nie lebih kurang cam netbook acer aspire one….hd 7gb. group policy dah diaktifkan jadi tak bleh install tanpa admin password. bab komputer ni memang bagus tapi tang penggunaan dia balik kepada ibu bapa la yang diamanahkan untuk mendidik anak2 tu…kalau positif alhamdulillah kalau negatif nauzubillah…bab negatif nie dari zaman dulu lagi doh….kalau nok tunggu semua jadi baik baru nak bagi aku rasa tak dok zaman la… wat pale jahat nie ade sokmo….nyer reka ganer2 pun, sekat lagu mana pun, bijok lagi dia dari kata wat halang nie…

6 07 2009
adi

“group policy dah diaktifkan jadi tak bleh install tanpa admin password”
ooo0o0ooo. ok .. nice tapi ada kelemahannya juga. [ aku dah start fikir pale jahat doh.. muhahhahha]

“wat pale jahat nie ade sokmo”
sebab tu aku kata kena cari Pegawai Maklumat hok pale gile-gile gok.. hahahah

Tinggalkan komen