Kampung Warisan, yang mungkin pada pandangan orang atasan sudah tidak relevan dengan masa dan citarasa sekarang; bakal dibangunkan secara berperingkat demi peringkat. Ladang dan Tanjung Mengabang, Batu Satu, Che Mat Tokey, Hentian Bas , di mana tempat dua insan disatukan oleh orang tua mereka, tiga puluh tahun dahulu, bakal hilang dari pandangan; hanya boleh diceritakan secara lisan sahaja kepada anak cucu sekarang dan akan datang.
“Pakar pembuat batik, tembaga, keris semuanya berkumpul di Kg Ladang, sebuah tempat sehenti bagi menghasilkan hasil masyhur yang berkualiti, seni kraf Terengganu yang turun temurun sejak zaman berzaman. ” . Mungkin beginilah ayat yang bakal wujud dalam buku teks sejarah tingkatan 4 sekolah pada masa akan datang atau Edisi Terbaru Sejarah Darul Iman yang dikarang oleh Dato Setia Jasa.
Pembangunan Bandaraya Persisir Air mesti diteruskan walau apa jua halangan dan rintangan yang dihadapi. Bawalah semua tycon dari kota singa dan taukey kota kuda kepang, binala parking kereta bertingkat tingkat dengan teknologi tercanggih yang dibawa dari negara orang supaya negeri kita nombor satu sokmo ke hadapan; biarpun rakyat merempat tak bertanah.tak apa. Menang sorak, kampung tergadai… biarkan. kampung orang lain yang tergadai bukan kampung kita.
Bersambung…
p/s: Tak macam cerpen pun . hahah ..



boleh cari makan dok nih . jadi penulis bawah pokok ? .hahaha . apa nak heran . J.M Aziz tak nampak mata pun boleh jadi Sasterawan Negara apa..
Demi sebuah pembangunan, kenapa Melayu yang selalu dipinggirkan oleh Melayu?
erk… tulis panjang lagi sket bro
, baru nak layan dah sambung laks
tunggu la sambungan dia.. la nih tak leh tulis.. kena waktu sunyi sepi . baru idea datang mencurah curah..
Betul tu. Tapi tak feel sebab pendek sangat.
p/s : Bangga. sebab ada juga perkataan ‘sokmo’ terselit tu. Eksklusif tu. haha
aku sedih juga satu demi satu kampong hilang dari segi nama dan pandangan. Mana-mana yang dapat tanah lot atau sememangnya area kampong kiranya bernasib baik kerana mudah2han kampong tu akan kekal lama,kerana tanah lot ni susah nak dibangunkan secara collective macam kes kampong baru tu.
Pingback: Cerpen: Kampung Saya [ bhg II ] | hardyweb:perjalanan hidupku™