Komunikasi Email Ala Militeri

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum Dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.Alhamdulillah, kita masih lagi berpeluang dan diberi peluang untuk menyedut oksigen kurniaan Illahi sehingga ke saat ini. Tak ada charge encik.. Tuhan tak kena kan charge pun utk oksigen tersebut..cuma Dia suruh kita sujud kepadaNya. itu ajer..

Berdasarkan perbincangan dengan beberapa orang kawan yang bukan dari bidan IT semalam, mereka ingin menggunakan saluran selamat untuk membuat perbincangan tentang perkara perkara sensitif yang tidak boleh dibaca oleh pihak umum. Berlanjutan daripada perbincangan tersebut, amber sebagai orang IT bersetuju untuk membuat sedikit tutorial penggunaan enkripsi dalam komunikasi email dengan menggunakan beberapa perisian sumber terbuka bagi membantu rakan-rakan amber

Sebenarnya tahun lepas, ada seorang rakan IT dari Pakatan Pembangkang bertanyakan hal yang sama berikutan kerisauan beliau tentang peningkatan aktiviti pemintasan/ penghiduan data serta pengodaman yang dibuat ke atas akaun web, email dan laman sosial beberapa orang pemimpin pembangkang tersebut dan amber sebenarnya telah pun menyediakan beberapa slide penggunaan teknologi enkripsi untuk dipersembahkan kepada rakan IT tadi. Dalam slide tersebut antara yang dibincangkan termasukkan penggunaan GPG[ Gnu Privasy Guard].Malangnya, hasrat untuk mempersembahkan slide tersebut tidak kesampaian, maka terperuk la slide itu dalam hard disk. Jadi hari ini, amber ambil kesempatan untuk up balik cerita tentang security ini.

Oleh kerana rakan-rakan amber tadi merupakan orang bukan IT, jadi amber bercadang menggunakan perisian-perisian mudah seperti GPG4Win, Mozilla Thunderbird serta enigmail. Pada mulanya amber bercadang menggunakan Evolution malangnya, perisian tersebut tersangatlah besar gedabak untuk dimuat turun bagi pengguna Windows.. 104++MB.

Tutorial dan cara penggunaan

1. Perisian yg perlu di Download

2. Install gpg4win dan Mozilla thunderbird

Kedua-dua installer yang dibekal sangat mudah digunakan, hanya beberapa klik ‘next’ . siap proses install.

3. Setting Akaun email pada mozilla thunderbird.

  • Buka Mozilla Thunderbird, pertama skali, ia akan mengeluarkan dialogbox Wizard untuk set akaun email utama
  • Dalam kes ini, pengguna akaun Gmail dan Yahoo dapat guna pop3/imap serta smpt protokol[ setakat yang saya uji ]. Anda tidak perlu setting apa-apa. kerana ia dilakukan secara automatik.
  • POP3 atau IMAP ? anda boleh pilih protokol pop3 atau IMAP
  • When should I use POP3?

    -When you only check e-mail from one computer at a single location.
    -You want to remove your e-mail from the mail server.
    -You connect to the internet through dial up and are charged for connection time.

    When should I use IMAP?-When you need to check e-mail from multiple computers at multiple locations.

    -You use Web mail such as Gmail, Yahoo or Hotmail.
    -You need to preserve the different e-mail folders you have created.

  • Klik butang Create Account

4. Pasang plugin / extension enigmail pada Mozilla thunderbird.

  • Buka Thunderbird -> Tools- >Addons -> klik pada butang roda gigi, pilih Install addons from file . cari file seperti di bawah .
  • lepas pasang enigmail, akan wujud satu lagi opsyen pada menu Mozilla Thunderbird bernama OpenPGP.
  • restart Thunderbird

5. Buat kunci enkripsi baru

  • Dalam Thunderbird, pergi ke menu OpenPGP. Pilih key management
  • lepas  buat kata laluan[ passphase ] . Klik Generate Key
  • Simpan Revocation Cert sebagai backup.

6. Uji penghantaran email menggunakan enkripsi GPG

  • Klik butang Write pada Thunderbird,
  • Tick pada menu OpenPGP . Sign Message,  Encrypt Message dan PGP /Mime
  • Tuliskan email kepada email kedua anda jika ada
  • Jika anda dapat email sebegini sekiranya login webbase akaun email kedua anda. . maknyanya dah berjaya la

* Oleh kerana webbase email tak support GPG . maka korang yang pakai GPG tu kena pakai email client seperti Thunderbird.

Tutorial ni tak abis lagi, kena sambung esok lusa plak.. dalam sambungan akan datang.. kita kena fikir macam mana nak serahkan kunci yang kita buat kepada rakan-rakan yang ingin berkomunikasi dengan kita menggunakan GPG. keyword dia ‘Private key ‘ . ‘Public key’ . ‘sftp’ .

Rujukan : http://www.wri-irg.org/node/10780

Advertisement

About hardyweb

Name : Adi Location : K Terengganu Occupation : Computer
This entry was posted in computers, Free Software, Komputer, open source, software, windows and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to Komunikasi Email Ala Militeri

  1. Pingback: Komunikasi Email Ala Militeri Bhg 3 | hardyweb:perjalanan hidupku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s