html5 , foundation.zurb.com dan Cache busting

BismillahiRahmaniRahim, Assalamualaikum wbt.

Telah lama rasanya tidak menulis di laman ini lantaran kesibukan yang agak mendesak dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya agar perjalanan sistem dan keberkesanannya dapat dicapai sebelum tutup buku pada akhir tahun ini. Mujurlah proses pembelajaran secara  hands on  dan bahang   underpresure yang bertimpa-timpa telah digarap dari usia muda, sedikit sebanyak dapat membantu menanggani pelbagai situasi yang mencengkam jiwa. Mujur jugalah ramai yang sekepala. Alhamdulillah.

Bak kata bait-bait sebuah lagu yang popular suatu ketika dahulu. Pengalaman telah mendewasakan, mematangkan fikiran, pahit getir yang telah dilalui, guruku sejati.  ahh masih tergiang-giang di telinga, bait-bait tersebut bagaikan memberi secangkir semangat untuk amber teruskan sebuah perjalanan hidup yang kelak akan terhenti di sebuah tempat bertemankan kain putih dan berumahkan tiang dua batang..

Berbalik kepada ilmu yang ingin ditulis di dalam blog ini, ia merupakan catatan ulangkaji bagi seorang yang dah berumur macam amber sebenarnya. Atas nasihat dari abang Haris a.k.a Linux Malaysia, amber berusaha untuk mengambil tahu lebih lanjut tentang bahasa markup yang paling amber gemari walaupun teknologi ini nampak remeh namun ia perlu dilihat sebagai satu anjakan baharu kepada bahasa markup yang sedia ada.

Semasa ia digembar-gemburkan sewaktu kemunculannya awal tahun lalu, amber tidaklah mengambil perhatian yang lebih kepada teknologi yang diberi nama HTML5  , hanya sekadar mengambil tahu tentang  tag  baharu yang digunakan dan tambahan pula tidak banyak browser yang menyokong kod ini pada ketika itu menambahkan lagi sikap sambil lewa amber terhadap teknologi ini.

Hanyasanya setelah amber sendiri menggunakan ia di dalam satu projek pecisan bagi membantu laman web organisasi amber supaya dapat di akses secara lebh global menerusi peranti-peranti terkini, amber mula menumpukan perhatian kepada teknologi ini. Dikatakan bahawa bahasa markup ini merupakan penyelesaian terhadap ketidak terbukaan aplikasi flash yang tidak menyokong sistem pengoperasian mudah alih seperti Android dan sewaktu dengannya yang melibatkan lesen dan pelbagai masalah perundangan lainnya.

Sejujurnya, amber masih lagi menggunakan kaedah lama untuk membina sebuah laman web walaupun ia dikategori sebagai statik. Tiada Macromedia Dreamweaver . Inilah kesan yang diterapkan semasa pembelajaran di tempat belajar dahulu, kami tidak dibenarkan menggunakan sebarang perisian untuk membangunkan laman web, hanya notepad sahaja.

Sebenarnya, amber menggunakan teknologi jquerymobile [] berasaskan html4 sebelumnya tetapi setelah menggunakan framework ini beberapa bulan, melalui hasil pengujian optimization dan loading ,jquerymobile.js agak berat kerana saiznya sendiri 66kb manakala jquery1.6 sendiri hampir 90kb . Dan apabila terserempak dengan framework yang dibagunkan oleh zurb.com yang dikenali sebagai http://foundation.zurb.com/, amber terus jatuh centa dengannya kerana ia merupakan framework bergrid dan mesra peranti telefon berinternet. Orang putih kata “responsive“.

Melalui kod-kod html dan css contoh [http://foundation.zurb.com/case-soapbox.php] yang dibangunkan oleh pembangun http://foundation.zurb.com/, amber melihat suatu senario yang tidak amber ketahui dahulunya iaitu kaedah atau trik yang dinamakan “cache busting“. Pembangun memasukkan tanda ? dan diikuti dengan satu kod yang telah digenerate. contoh : soapbox/assets/all.css?1321049382

Melalui pembacaan menerusi hasil carian Google, kaedah ini dinamakan cache busting, http://alex-kendrick.com/tips/simple-cache-busting-for-css-and-js/ dan
http://sleeplessgeek.blogspot.com/2010/03/rails-caching-and-cache-busting-in-php.html . Jadi jika ada perubahan kepada fail fail image, css, js dan html itu sendiri , tak perlu lah kita reload / refresh browser.

Semalam, ambil peluang untuk ulangkaji kod HTML5 lagi, kali ini seorang penulis di laman ini http://css-tricks.com/examples/CleanCode/Beautiful-HTML.txt telah menunjukkan kod html5. Suatu yang amat asing bagi amber bila beliau telah meletakkan link jquery dibawah sekali. Apa matlamatnya? apa sebabnya? kenapa tidak sama dengan apa yang buku lain ajar dan cikgu cikgu dulu ajar ? .. otak amber begitu ligat untuk menyelesaikan persoalan persoalan tersebut.. kena buat pengujian nampak gayanya..kalau betullah teknik yang digunakan. maka amber boleh cedok skill ni..

Nukilan

Lalat Berintergriti.

Advertisement

About hardyweb

Name : Adi Location : K Terengganu Occupation : Computer
This entry was posted in html, internet, Komputer, open source and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s