Bismillahirahamnirahim,
Catatan ini sekadar nota bagi diri sendiri, mungkin orang lain dapat manafaatnya juga hasil dari catatan ini kelak. Ketika ini ffmpeg telah pun mencapai versi 0.10. Setelah membaca sejarah pembangunan file ogg, terdapat sedikit bantahan berkaitan dengan file ogg itu sendiri oleh pembangunan ffmpeg [ baca lanjut ] dan beberapa hari berikutnya pihak fsf terus mempromosi penggunaan Ogg file. Maklum balas kepada bantahan pembangun Ffmpeg itu dikeluarkan oleh xiph.org sendiri [ baca lanjut ].
Namun, dalam hati aku masih tertanya-tanya, bagaimanakah ogg format yang pernah diwar-warkan itu dapat bersaing dengan format-format file multimedia lain seperti Flash, Google dan lain-lain?
Untuk memainkan fail ogg, satu codec diperlukan, bagi ogg file, ia menggunakan libvorbis yang juga dibangunkan oleh pihak xiph.org. http://www.vorbis.com/ | http://en.wikipedia.org/wiki/Vorbis. Sepertimana file MP3 memerlukan LAME codec [ salah satu codec] .
Oleh kerana codec tersebut merupakan sumber terbuka, maka terdapat beberapa pihak lain membuat fork kepada libvorbis itu sendiri bagi menambah baik kepada file ogg. “Vorbis aims to be more efficient than MP3-wiki” .
Ok, sebenarnya aku cukup teruja kembali dengan fail ogg apabila baca artikel dari laman seorang dev dari Indonesia berkenaan dengan ffmpeg + Aotuv. Sebagai seorang pengguna ffmpeg [ bukan taraf pro pun], aku mencuba ffmpeg versi win32 yang telah dicompile berserta aotuv. Amat menarik, kesannya sangat mengagumkan. Sila lihat gambar di bawah.
Aotuv merupakan codec yang masih lagi diperingkat beta yang dibangunkan oleh dev dari Jepun. http://www.geocities.jp/aoyoume/aotuv/
Kata blogger dev Indonesia tentang Aotuv .
“ Dengan aotuv, kita boleh menggunakan bitrates rendah ~ 48-64Kbps Ogg Vorbis (masih dalam quailty yang baik, sekurang-kurangnya saya boleh katakan 64K adalah serupa dengan VBR 128K LAME (MP3)) yang tidak terdapat di libvorbis biasa. “
Seterusnya? rasa mahu compile ffmpeg + aotuv dalam linux pulak, sebab setakat ini, hanya compile aotuv dan digunakan bersama dengan oggenc sahaja dalam linux.





Aku suka format OGG sebab saiz dia kecik, tapi kualiti setanding MP3.
dah try aotuv ?
Belum lagi.
Tapi ada benda mahu fokus dengan OGG dulu.