Assalamualaikum, semalam sepupu amber call, katanya ada masalah komputer di pejabat. Beliau tidak dapat akses ke drive c, guna IE pun tak lepas. Setelah diagnosis di buat melalui talian telefon, amber percaya, pc tersebut telah terkena jangkitan virus.
Buat sepupu amber serta kawan-kawan serta nota untuk diri sendiri. Ada beberapa kaedah cepat untuk mendapatkan file sekiranya perkara di atas terjadi .
1. Menggunakan dialogbox open file. Gunalah mana-mana perisian yang mempunyai open file pada menunya, akses terus ke drive C , dapatkan file yang dikehendaki, klik kanan pada file tersebut, copy, dan dalam masa yang sama pastikan korang telah cucuk thumbdrive pada pemacu usb, pilih drive F melalui dialog box tersebut dan pastekan file yang telah dicopy tadi .
Dalam gambar di atas, amber gunakan aplikasi vlc, pastikan korang pilih All files sebelum cari file yang dikehendaki, kebiasaannya file doc, xlt, ppt.
2. Korang juga boleh akses file dari drive C , D dan sebagainya menggunakan Firefox, Opera, dan Google Chrome. Pada address bar. taipkan file:///D:/ jika korang ingin akses drive D .. ubah kepada C jika korang ingin akses ke drive C.
Setelah korang dapat file yang diingini, klik kanan pada file tersebut, save link as .. pah tu cari lah lokasi thumbdrive korang..
Itu cara paling cepat yang boleh digunakan untuk akses file. Cara lain
- Hirenboot Cd ..
- Linux live cd / thumbdrive
- Windows recovery boot .. guna command prompt utk copy file



