Bismillahirahmanirahim,
Artikel ini merupakan sambungan daripada artikel
http://hardyw3b.wordpress.com/2012/04/21/owncloud-storan-cloud-part/
Apa yang ditawarkan oleh Owncloud ?
1. Boleh di aksess dari semua peranti – menggunakan protokol webdav, html5, sync
2. Sync Aplication Data ( Bookmark , setting .. )
3. Mendengar Musik dari semua peranti
4. Memainkan Movie
5. Akses gambar di mana-mana sahaja
6. Sharing files
7. extendable, boleh cipta plugin untuk owncloud .
Bagi mereka yang dah familiar dengan Synology file server, dengan Owncloud, kita boleh buat benda yang sama yang ditawarkan oleh Synology dengan menggunakan pc biasa yang diinstall dengan Linux, Windows atau MacOS.
Siapa yang boleh guna Owncloud ? Sesiapa sahaja yang berhajat untuk menggunakan teknologi file server dengan kos yang minima. Ia boleh diinstall pada VPS, ( untuk share hosting amber tak pasti ), localhost ( untuk kegunaan dalaman ).
Install
Seperti artikel yang lepas, sekali lagi amber nok royak bui, owncloud merupakan aplikasi webbase yang menggunakan php, database( mysql , postgresql , sqlite ), webserver pulak boleh pilih, nak pakai apache boleh, nginx pun ok ( amber ada uji owncloud + nginx tapi tak lepas, pasal dok khatam molek lagi bab nginx nim ), lighttpd pun boleh gok .. ikut suke, asal namanya webserver .. yang penting, php mesti support php_zip .
Installation dalam linux, prosesnya hanya beberapa langkah saja ( pasal dalam Os Linux amber dah pun tersedia Apache, PHP dan Mysql )tetapi dalam Windows ( amber gunakan xammp dan WLMP untuk ujikaji), ada beberapa baris kod perlu di komen untuk mengelakkan masalah looping semasa installation, webfinger app juga tidak berfungsi – kena asingkan dahulu. Rujuk nota penuh proses installation dalam Linux
http://owncloud.org/install/
Kod di bawah perlu dikomen jika korang ingin uji owncloud dalam Windows.
owncloud/lib/base.php
// Redirect to installer if not installed
//if (!OC_Config::getValue('installed', false) && OC::$SUBURI != '/index.php') {
// $url = 'http://'.$_SERVER['SERVER_NAME'].OC::$WEBROOT.'/index.php';
// header("Location: $url");
// exit();
//}
Tadbir Urus Sistem dan Pengguna
Owncloud mempunyai API sendiri ( manual masih kureng) , jadi dengan API tersebut, plugin boleh dibina oleh korang sekiranya korang mahir dalam OOP PHP. System admin yang menguruskan Owncloud boleh menambah aplikasi yang telah dibina oleh komuniti, boleh dapatkan aplikasi di
http://apps.owncloud.com/
Sebagai seorang pentadbir Owncloud, korang boleh mencipta akaun pengguna dengan kuota tertentu. Jadi sesapa yang baik dengan korang, boleh la bagi lebih kuota . heheheh
Penggunaan
Owncloud menawarkan kefungsian untuk akses file melalui beberapa cara :
- Webbase ( HTML5 )
- Akses dan edit file melalui webDav ( dalam windows, amber guna perisian Cyberduck sebab boleh edit terus dari host )
- Sync ( owncloud-client )
http://owncloud.org/sync-clients/


