Bismillahiramanirahim
Baru minggu ini amber berpeluang untuk mencoret kan sesuatu dalam diari terbuka amber untuk tatapan diri sendiri serta rakan-rakan.
Dua minggu lalu, kita menerima “tetamu” yang membawa ideologi yang bertentangan sama sekali dengan pegangan kita yang sejak dari dahulu mengisytiharkan diri kita sebagai pengikut ahli sunah wa jamaah ( ASWJ ). Sebetulnya, amber pada ketika itu, tidak mempunyai modal untuk menulis tentang hal tersebut, namun hasil pembacaan maklumat asas yang berada di sekeliling, pemerhatian dan sedikit pencerahan daripada beberapa orang rakan tentang hal tersebut membolehkan amber memahami sedikit sebanyak prihal seorang manusia bernama Irsyad Manji ini. Walaupun cerita ini hampir basi dihidangkan, tetapi terdapat beberapa persoalan yang masih bermain-main dalam minda amber.
Malaysia mempunyai sistem kawalan kemasukan warga negara asing di lapang terbang yang sangat canggih tetapi apa yang mengecewakan amber, maklumat yang amber terima, pihak imegresen tidak dapat memintas Irsyad Manji dengan alasan yang diberikan sangatlah tidak kukuh. Seolah-olah ada satu kuasa lain yang membenarkan dia masuk. Pelik kerana bulan sebelumnya, penghina Nabi melalui tweeternya dapat ditahan dan diektradisi ke negara asal dia.
Manji masuk untuk melancarkan buku dia, yang lebih menarik lagi syarikat yang menerbitkan buku tersebut ada hubung kait dengan pihak pembangkang. Satu peluang untuk pemerintah mengenakan pembangkang. Yang lebih pelik lagi, bilamana hanya Jakim yang bersuara, kementerian dalam negeri lambat bersuara dan yang lebih pelik, tidak ramai orang membantah Manji sepertimana orang berhimpun di upacara bersih 3.0, sama dengan isu Allah yang mahu dipinjamkan oleh pihak tertentu suatu masa dahulu . Pelik, pelik dan pelik.
Tidak perlu persoal di mana parti Islam, di mana parti ketuanan Melayu pada ketika itu. Semua sama saja, amber berpandangan mereka ini cuma mahu meraih untung politik sahaja. Persoalan akidah orang Islam tolak tepi dahulu. Gamoknya, kita suka jadi macam Indonesia yang boleh nikah dengan suka hati antara agama Islam dan agama lain, tinggal satu rumah. Bercampur gaul, anak agama lain, bapak agama lain dan mak agama lain.
[ boleh order buku ini kat sini http://muafakatmalaysia.com/2012/04/14/pluralisme-agama-satu-gerakan-iblis-memurtadkan-ummah/ ]
Minggu ini kepelikan bertambah-tambah, merasuk seluruh akal amber, berfikir mencari secara tuntas akan kebenaran suatu fantasi dalam realiti. Dalam khutbah sempena sambutan hari belia ( teks khutbah Jumaat itu di baca seluruh negeri Terengganu rasanya ) bercerita tentang kehebatan belia-belia di zaman Nabi yang terlalu bagus dan terlalu sempurna untuk dijadikan sebagai idola belia hari ini. Apa yang boleh disimpulkan, realiti tidak selari dengan gambaran.
Apa tidaknya, tidak lama selepas itu, Putrajaya dinodai lagi dengan Himpunan Jutaan Belia yang menghidangkan pelbagai konsert dari artis dalam negara dan luar negara. Kata surat khabar , perhimpunan itu perhimpunan pengisian kerohanian belia. Ohhhh begitu caranya untuk mengisi rohani para belia kita ?
Celaru dan keliru…
Amber menulis di sini untuk berlepas diri dari di soal kelak di hadapan Rab




