Bismillahirahmanirahim
Apabila amber upload gambar board Raspberry Pi ke laman Facebook, ramai pula yang bertanya tentang board tersebut. Semestinya ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Raspberry Pi.
Pengenalan
Raspberry Pi merupakan komputer embeded yang dibangunkan oleh Yayasan Raspberry Pi di United Kingdom. Matlamat pembangunan komputer bersaiz kad kredit ini adalah untuk mensimulasikan asas pembelajaran sains komputer di sekolah rendah ( belajar bahasa pengaturcaraan).
Komputer bersaiz kecil ini didatangkan dengan dua model iaitu model A dan model B. Model A tidak dilengkapi dengan port Ethernet manakala Model B dilengkapi dengan port rj45 Ethernet. Ia memudahkan pengguna untuk mengakses Internet.
Beli Raspberry pi
Pengguna komputer seperti amber amat teruja sekali dengan berita tentang Raspberry Pi yang dilepaskan pada tahun 2011. Keinginan untuk memilki komputer bersaiz kecil ini dilihat cerah apabila dua buah syarikat pengedaran komponen elektronik terkenal iaitu Premier Farnell dan RS Components menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Raspberry Pi.
Ramai rakan-rakan bertanya tentang cara untuk mendapatkan board ini. Anda boleh membeli board Raspberry Pi melalui laman kendalian RS Components di http://malaysia.rs-online.com/web/generalDisplay.html?id=raspberrypi manakala laman kendalian Premier Farnell di http://my.element14.com .
Rs-component kelihatan tidak menyediakan opsyen bayaran melalui bank tempatan, hanya ada opsyen kad kredit dan paypal. Manakala Farnell menyediakan opsyen pembayaran melalui Maybank2u selain dari opsyen biasa (kad kredit).
nota: Amber order RsPi melalui saudara amber yang belajor dekat UK.
Spesifikasi Papan Litar
rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Raspberry_Pi#Specifications
Perkakasan Lain Yang Perlu Di Sediakan
1. TV analog (composite RCA – port kuning putih dan merah ) atau Monitor / Tv yang support HDMI .
2. USB Keyboard dan Mouse. Memandangkan papan litar Raspberry Pi hanya mempunyai dua port USB. Anda disaran menyediakan wireless Keyboard dan Mouse. Jimat satu port USB yang boleh digunakan oleh perkakasan lain seperti Pendrive atau external HDD.
3. Power supply, anda boleh beli microUsb Travel Charger yang mengeluarkan output 5v dan 700mA ke atas. Amber beli Samsung S2 microuSb travel Charger .
4. MicroSD. Sila beli microSD 8 GB dan ke atas tapi kalau ada microsd 1,2, atau 4 GB dalam simpanan ,masih boleh digunakan ( nanti amber bagi tau cara dia ). microSD class 6 dan ke atas. ( biasa boleh dilihat pada belakang bungkusan MicroSD).
Sistem Pengoperasian
Raspberry Pi menggunakan cip pemprosesan Arm. Jadi kernel yang diperlukan adalah kernel Linux Arm. Pihak Raspberry Pi ada menyediakan beberapa Sistem Pengoperasian berasaskan Linux arm (Official OS). Namun begitu, anda boleh memilih Sistem Pengoperasian Linux untuk RsPi yang dikeluarkan oleh orang ramai ( Unofficial OS).
Install OS ( Kaedah 1)
http://elinux.org/RPi_Easy_SD_Card_Setup
Nota cepat
Linux command line : dd bs=1M if=~/debian6-19-04-2012/debian6-19-04-2012.img of=/dev/sdX
Perlu diingat, bahawa image official yang disediakan oleh pihak Rasberry Pi versi 15 hb 7 2012 ( Debian wheezy). saiz file dia sebesar 450MB compress. Jika file img tersebut diekstrak .. ia memerlukan 3.9GB ruang storan. Jadi anda perlu cuba image yang lain yang lebih kecil seperti archlinuxarm-13-06-2012.zip ( saiz 199.82MB). Oleh yang demikian, sila pastikan anda membeli microSD 8 Gig ke atas.
Install OS ( Kaedah 2 )
Jika anda mempunyai microSD 1 atau 2 GB, ada satu lagi cara untuk Install OS rasberry Pi ke dalam microSD. Teknik ini biasa digunakan dalam LiveCD/USB. Menggunakan BerryBoot. Http://www.berryterminal.com/doku.php/berryboot . Berryboot menggunakan teknologi SquashFS compression.
1. Download berryboot-20120731.zip
2. Ekstrak semua file dari zip file ke dalam microSD.
3. Pastikan rasberryPI anda ada sambungan ke Internet sebab berryboot akan cuba untuk download image yang telah ditweak . ( Tidak boleh guna image dari official site ). Setakat ini, ada beberapa OS yang dibekalkan oleh berry terminal . Senarainya boleh dilihat di
http://dl.berryboot.com/distro.smime
4. Jika tidak ada akses Internet di rumah, dapatkan dahulu image dari laman http://dl.berryboot.com/distro.smime, simpan file image tersebut dalam pendrive/external dan anda boleh Install kemudian.
Rujuk laman forum
http://www.raspberrypi.org/phpBB3/viewtopic.php?f=63&t=12776
5. Pasang Rasberry Pi siap-siap dan switch on .
Rasberry Pi yang telah diboot dengan Puppy Linux.
Case
Terdapat banyak case yang dicadangkan dan dijual. Anda boleh Google atau lihat di laman ebay..
amber pakai casing orang miskin ajer…
http://www.raspberrypi.org/archives/1310









salam,
weh..psaiko..bez tak mende nih. kalau cucuk kat hdmi/usb tv LCD ok tak?
Pingback: [WCID] Thinking degrees | NightlyArtNightlyArt
hehe… saya pun ada, baru install Raspbmc yg ada XBMC media centre atas hardware ni. Terperanjat beruk AppleTV owner tengok, betapa gempak Raspbmc +RasPi ni