Bismillahirahmanirahim
Semalam amber beli Converter HDMI ke VGA untuk diuji pada monitor biasa melalui port HDMI yang disediakan. Pada mulanya amber ingat, dia ni jenis automatik detect port HDMI memandangkan Raspi mempunyai dua opsyen untuk display iaitu port HDMI dan juga TV output. Hampir sejam jugok godek bendalah tu. Dan hampir mau let go ( lego ) ajer converter tersebut sebab ingat bendalah tu tak berfungsi dengan baik.
Setelah membaca manual Raspi dengan teliti, rupanya kena disablekan dahulu sdtv_mode=1 dan kena buka fungsi hdmi dalam config file.
Config file amber seperti dibawah, yang ini belum tune lagi ..
disable_overscan=1
#hdmi_force_hotplug=1
hdmi_safe=1
#disable_overscan=1
#sdtv_mode=1
#framebuffer_height=440
#framebuffer_width=550
#overscan_left=20
#overscan_right=20
#overscan_top=25
#overscan_bottom=25
arm_freq=900
core_freq=333
sdram_freq=450
over_voltage=2
kernel=kernel_berryboot.img
* untuk makluman pengguna Raspi, amber guna berryboot ..




salam hacker… lazaac xtry lg guna raspberry ni… ingat nak tunggu dia keluar saiz besar ckit baru beli kowt.. hoho… bro guna monitor jenis apa erk..? HDMI ker DVI..? ker VGA mcm den..?
amber guna apa yang ada saja.. kebetulan semua masih pakai vga port.. jadi terpaksa la gunakan converter.. sbb tu amber post tulisan ini ..
btw. amber bukan hacker.. amber hanya orang biasa yang minat dalam bidang IT.
Berapa harga Converter HDMI ke VGA tu?
murah je.. 70 henggit
Jadi boleh ke pakai converter tu utk Run Raspberry PI kat CRT Monitor?
yup. boleh..
kalau camera saya ada HDMI cucuk ke VGA Monitor boleh terus kuar ke gambar nye?
belum diuji, sekiranya ada camera hdmi.. apa kata anda sedekah kan kepada amber.. boleh lah amber mengujinya