Assalamualaikum [ Catatan teknikal berkaitan dengan website ]
Minggu lepas aku ada bercerita tentang aplikasi google iaitu Page Speed. Ia merupakan firefox extension. Aku tertarik dengan aplikasi ini sebab ia boleh menguji kelajuan website yang aku buat dan aku boleh kaji kat mana dan kenapa website aku ’slow’. Memandangkan website yang aku bina menggunakan fungsi Jquery, agak berat sedikit loading page pertama.

Aku guna Firefox 3.5 portable, Firebux 1.40b2 dan Page Speed 1.011. Pecahan daripada analisis yang dibuat oleh Page Speed melibatkan banyak perkara seperti mengurangkan gambar atau mengurangkan saiz kb imej, enable gzip compression, Cache-Control Header dan sebagainya. Sila rujuk sini juga untuk bacaan lanjut [http://developer.yahoo.com/performance/rules.html ]
Oleh kerana kawan aku hanya membeli hosting, jadi tak dapatlah aku bubuh gzip compression dan Cache-Control Header.Sebab kalau guna Apache, ada beberapa module yang perlu diletakkan .. mod_gzip ( apache 1 ), mod_deflate ( apache 2 ) , mod_expires . kalau dapat godek server sendiri nih . boleh la aku letakkan semua benda benda yang dikatakan di atas.
Jadi apa yang boleh aku buat adalah, kecikkan saiz fail imej dan Mambang mencadangkan penggunaan on demand load bagi file-file javascript yang besar. Untuk kecikkan saiz fail imej. aku gunakan beberapa tool yang dicadangkan dalam url di atas seperti Pngcrush dan Jpegtran. Untuk On Demand Load, aku menggunakan lazy script.
Ok, itu ajer dua trick yang aku guna stakat nih, banyak lagi yang perlu aku belajar. @Bat : kalau ada apa apa lagi yang nak tambah . silakan. aku pun kurang reti sgt bab bab website nih ..
update: contoh-contoh
http://stevesouders.com/hpws/rules.php