Hasil daripada program Televisyen Malaysia

15 12 2009

Nak tanya pada Rais Yatim. Inikah wajah anak-anak yang bakal menggantikan kita pada tahun 2020 nanti ?

TV9 ..untuk bangsa Indo kut.. ataupun anak anak duduk dengan pembantu rumah warga negaraasing..





House Cleaning Software [ Windows ]

14 12 2009

Assalamualaikum, Muhammad Ibnu ‘Az bertanya padaku tentang perisian Windows yang boleh bersihkan registry dan buang perisian yang tidak dikehendaki.

Baiklah, begini, pada kebiasaannya, untuk buang perisian dari Windows XP [ aku assume bro guna winXP ], kita guna tool Add Remove Programs yang telah sedia ada dalam Windows tersebut.

Taip malangnya, masih terdapat file atau registery yang tidak dibuang secara total.

Aku biasa menggunakan program Ccleaner dan Windows Program CleanUp.  Ccleaner macam biasalah, untuk buang file file temp yang menyemak harddisk serta fix regiestry dan juga buang file yang diletakkan dekat startup. Manakala Windows Program Cleanup pula untuk uninstall program yang tak berjaya dibuang oleh Add Remove program.

Namun begitu, ada satu lagi program Freeware yang boleh bertugas seperti mana fungsi kedua-dua program yang disebutkan di atas.. Tuan boleh cuba install program Revo Uninstaller.


Nota: Lepas kerja kerja membuang mana mana proram dalam Windows.. Adalah lebih elok buat Defreg sekali.. susun balik file file.

[ Kepada yang biasa melepak kat blog aku, sila cadangkan perisian lain untuk  kerja kerja House Cleaning ]





Data bocor digunakan untuk kajiselidik

13 12 2009

Assalamualaikum, satu ayat ringkas yang menjamin keselamatan kepada siapa yang menerimanya. “Salam sejahtera ke atas kamu”.

Bermukadimah dengan ayat salam di atas, hari ini aku mulakan catatan yang membicarakan tentang bagaimana data-data yang bocor daripada aplikasi atas talian bakal digunakan oleh orang lain. Para penganalisis dan pengaturcara bertungkus lumus untuk memastikan data peribadi dalam pengkalan datanya agar  tidak terlepas ke tangan pihak ketiga.

Bagaimana data bocor ?

Google Crawl merupakan satu robot / spider yang akan mencari semua jenis data berkaitan untuk dimasukkan dalam pengkalan datanya. Supaya laman-laman yang dibina oleh orang ramai dapat di indexkan dalam laman engin pencari google.

baca lanjut : http://www.googleguide.com/google_works.html

Apabila maklumat sulit dapat diindexkan ke dalam pengkalan data Google. Maka pihak ketiga dapat menggunakan data data tersebut untuk tujuan tujuan tertentu.

Pihak ketiga buat apa dengan data tersebut ?

Aku baru dapat maklumat dari seorang kawan yang menyatakan terdapat sesetengah pihak yang menggunakan data bocor yang di dapati dari enjin pencarian google untuk tujuan mengisi borang “Questionnaire” atas tujuan tertentu.

Contohnya, Pak Mat mahu menaikkan harga di kedai Kopinya  lalu beliau menyuruh Syarikat Abu untuk menjalankan soal selidik penduduk kampung bagi mengetahui sama ada penduduk kampung setuju atau tidak cadangan Pak Mat untuk menaikkan kadar harga di kedai kopinya. Oleh kerana Pak Mat berjanji dengan pengurus Syarikat Abu, jika 65% penduduk setuju dengan kenaikan harga tersebut.. Pak Mat akan bagi 20 percent kepada pengurus Syarikat Abu. Jadi bagaimana pengurus Syarikat Abu mahu lakukan supaya Kajiselidik tersebut memihak kepada mereka. ? .. fikirkan.





Test OshiriX LiveUSB kat Laptop BUdak Sekolah

9 12 2009

Salam,Seperti yang disarankan oleh Bro Sebol tempohari . hari ini, aku berkesempatan untuk menguji Laptop Pelajar Sekolah Rendah menggunakan OshiriX LiveUSBOshiriX LiveUSB dapat detect driver wireless dan lan dengan baik .. cuma dengan sedikit konfigurasi. aku dapat online seperti biasa.

Nampaknya system admin sekolah telah meng’disable’kan wireless pada laptop tersebut dengan membuang  driver wireless dalam Windows XP. USB port pun kena disable jugok.

p/s: Ok, adik adik dan bapak bapak yang nak main tenet kat maidin. meh kat tempat saya kalau nak enable wireless heheh.. bawak pendrive 4 Gig seketul.. muhahahha.






enovel:Syahadah Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist Bakal Diterbitkan

9 12 2009

Aku pernah menulis review tentang buku ini suatu masa dulu .  Mengikut kata penulis buku ini, buku tersebut bakal diterbitkan oleh PTS Islamika dan aku juga telah menghantar email kepada Abg Karim supaya menempah awal buku tersebut untuk edaran Kuala Terengganu.

Buku ini sesuai dijadikan bahan untuk PERANG SARAF ke atas akidah umat Islam masa kini terutamanya golongan remaja dan pertengahan [ Muslim ] yang dilihat semakin tersasar jauh dari landasan agama Islam.

Aku tak sabar untuk menunggu kehadiran buku ini dipasaran, kalau boleh nak dapatkan buku yang bertandatangan penulis. heheheh..