RSS Tutorial

Masa zaman aku sekolah dulu, masa tu zaman Tun Mahathir jadi Perdana Menteri. Kalau tak silap aku, cikgu aku cakap, Perdana Menteri kita baca kesemua akhbar utama. Dalam kepala otak aku, fuh terer gile Tun Mahathir boleh baca semua tajuk dalam akhbar. Sebab masa tu kempen membaca sedang giat dijalankan.Tapi software itu tidak mustahil wujud pada zaman tu sebab Perdana Menteri boleh buat apa yang dia suka. maksud aku,beliau boleh beli software yang ada fungsi paparan berita terkini dan sebagainya.
Sepuluh tahun kemudian,setelah aku berkecimpong dalam dunia komputer sekian lama, kita semua boleh juga baca semua berita dalam dan luar negara dalam satu masa. yang penting kita ada masa luang dan semua berita dah pun disetting dalam software komputer kita.

Dengan bantuan RSS ( Really Simple Syndication ), kita boleh paparkan rumusan atau tajuk serta kepala berita dalam software komputer kita. Software untuk RSS nih pula dipanggil “RSS reader”, “feed reader” atau “aggregator“.

Dalam tutorial ini, aku gunakan applikasi berasaskan web yang dipanggil Google Reader. Sebenarnya banyak lagi aplikasi lain yang fungsinya sama, cuma pada aku, Google Reader nih best . sebab boleh di akses di mana mana.

Kepada sesapa yang masih belum ada akaun google. boleh daftar dahulu kat sini. Sekiranya anda telah daftar. secara tidak langsung. dengan satu akaun ini, anda dapat email dan macam macam aplikasi lain dari Google.

Daftar

1. Taip www.google.com/reader

2. Klik butang ” Create an account “

1.jpg

3. Daftar , isi nama dan maklumat lain seperti yang di minta.

4. Setelah selesai, anda boleh log ke akaun Google Reader anda.

2.jpg

Muka 2 | 3 | 4

Tinggalkan komen