Aplikasi Pengurusan Aset IT – GLPI

Assalamualaikum

Maaf Tuan Sallehuddin kerana tertunggu tunggu artikel ini, sekarang baru berkesempatan untuk menulis tentang aplikasi Pengurusan Aset IT -GLPI  [ Webbase ]

Amber deploy sistem ini awal tahun ini, ia sangat bagus dan memudahkan amber untuk mengesan stok stok barangan IT terutamanya tonner printer dan ribon printer.

Menjawab persoalan Tuan Sallehuddin, boleh kah sistem tersebut dipanjangkan untuk kegunaan lain seperti perabot, alat elektrik dan harta benda lain? Jawapannya , boleh dengan hanya memasang plugin bernama Generic Object Management, kita boleh membuat beberapa kategori seperti kenderaan, perabot dan lain lain item.

Mengikut hasil pembacaan amber tentang sistem ini, ia berkebolehan menghantar tiket kepada sistem admin. maksudnya, pengguna komputer boleh log masuk ke sistem ini dan membuat aduan tentang kerosakan yang di alami dan seterusnya sistem admin akan mengaturkan kerja kerja baik pulih yang akan diberikan kepada juruteknik komputer.

Sistem GLPI yang baru berkebolehan untuk digunakan di cawangan cawangan sekiranya syarikat tersebut mempunyai banyak cawangan.

Tuan Sallehuddin, semasa proses menguji plugin Generic Object Management tempohari, ia memerlukan php 5.3 ke atas, jadi, sekiranya tuan mahu deploy sistem ini di tempat tuan, sila pastikan php yang terkini digunakan. Yang penting setiap jenis peralatan komputer mestilah ditagging supaya senang untuk didaftarkan di dalam sistem GLPI.

Jika komputer yang digunakan di tempat Tuan dalam jumlah skala yang besar contohnya Tuan kena jaga komputer sehingga 300 buah di beberapa buah makmal, GLPI boleh digabungkan dengan OCS-NG . Sila rujuk sini http://www.ocsinventory-ng.org/en/about/features/ocsng-glpi.html . Memandangkan OCS NG menggunakan python sebagai bahasa pengaturcaraannya, adalah elok Tuan deplop server linux  berbanding dengan server Windows.

Wallahualam.

About these ads

About hardyweb

Name : Adi Location : K Terengganu Occupation : Computer
This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s